Monday, January 9, 2012

tubuh badan

tubuh badan manusia ni terdiri 2/3 air..itu pun if tak salah la kan..dah lama tak belajar sains dan biologi...so,melalui proses berpeluh dan membuang air kecil kita akan kehilangan air dalam badan di mana menyebabkan suhu badan kita meningkat....


meminum air sebanyak 2 liter sehari bersamaan dengan 8 gelas air adalah baik bagi menggantikan kuantiti air yang hilang dari tubuh badan kita tanpa kita sedari...


kisahnya..aku di masa dahulu boleh dikatakan sepanjang masa bibir kering dan merekah.....mulut pula setiap bulan wajiblah dapat ulser ataupun orang panggil mata ikan...tapi aku selalunye panggil mulut pecah je...ganas x??haha


seriusly,memang sepanjang masa bibir aku merekah dan aku suka pulak nak tarik2 kepingan bibir kering tu..end up bibir aku akan berdarah2 la kan..sakit tapi sedap....


kadang-kadang pulak,if ramai sangat dok tergur pasal bibir aku..aku akan lick bibir aku nak bagi basah supaya kepingan bibir yang kering dan merekah itu akan baah dan tertanggal sendiri....so naive gila..zaman tu mana reti nak pakai lip balm ape sume...budak skola la ktekan


selalunya nasihat-nasihat yang aku bagi kat aku ialah banyak minum air masak sebab badan aku panas dalam.....masa tu aku termenung panjang...macam mana aku nak minum banyak air masak???


nak tahu kenapa??sebab dalam fikiran aku air hanya boleh diminum selepas makan sahaja...oleh yang demikian,aku hanya akan minum dengan banyaknya selepas makan di mana takat mana sangat la kan...perut dah kenyang,nak minum air banyak2...gilakah??

boleh dikatakan jika pada hari itu aku tidak melakukan aktiviti lari2 yang memerlukan aku minum banyak air..aku hanyalah minum selepas makan nasi dan bila rasa dahaga itupun paling banyak aku minum 3 gelas je sehari...mungkin sebab itu badan aku selalu panas dalam dan bibir sentiasa kering......

malu kot dulu bila orang dok tegur2 sal bibir aku selalu kering....bila aku dah paham yang kita perlu minum 8 gelas sehari tak kira la kita dahaga atau tidak....barulah masalah bibir kering aku tu dapat diatasi...tapi mulut pecah tu masih wajib setiap bulan....sebab tergigit ataupun tergosok gigi dengan kuatnya....hahaha


so,dinasihatkan minumlah air dengan banyaknya lebih2 lagi cuaca amat panas sekarang ini....jagalah tubuh badan anda...kerana dirimu begitu berharga~~~



Sunday, January 8, 2012

paksa

tadi ialah kali pertama kami pelajar semester 5 berkumpul untuk menjalani gerko pada semester ini iaitu olahraga....rupanya ianya dijalankan bersama dimana 3 kumpulan digabungkan sekali.....kelas aku...5D telah bergabung dengan kelas 5E iaitu pendidikan jasmani dan 5F iaitu pendidikan khas....

ceritanya bukanlah kami terpaksa apa...cuma semasa berkumpul mengikut kumpulan yang telah digabung....biasalah gurl kan..mesti nak teratur..berkumpul still dalam line dan juga dalam kumpulan sendiri...tapi tak bermaksud kami tak bercampur dengan orang lain...

tetiba ada seorang manusia ni..berjalan berhampiran dengan aku dan berkata.....

'pergi la campur dengan kelas lain.....'

dia tengok kami ni macam lah kami ni kera sumbang sangat..die kene sedar la..kelas 5F tu cume ada sikit je lelaki so memang la boleh nak trus menjoin.....yang gurl adalah ramai dan ada puak-puak sendiri..tak kan tetiba nak main redah je...kita kene lah berhemah kan...aku lebih suka nak create conversation secara semula jadi...later when the time come,,,,kitaorang akan bergaul jugak...why need so rush??

xpaham betul napa dia nak jugde yang kitaorang ni tak pandai bergaul sebabnya ada geng sendiri....lain caranya lelaki dan perempuan ni bergaul..if sorang-sorang memang senang nak menjoinkan diri dengan sesiapa tapi masing-masing ada geng....kene pandai cari masa yang sesuai nak mencelah diri ke dalam perbualan orang....kalau tak nanti mau dipandang semacam ja...seriusly...itu apa yang aku pikir la...mungki pada sesetengah orang senang ja die nak masuk and tegur sesiapa dan menjoinkan diri dengan geng mana-mana....

tapi aku bukan macam tu.....im sorry

cool

dahulu kala aku adalah seorang yang tak berapa cool....ini bermaksud,aku tak secool orang lain..aku tak rasa pun kepentingan cool itu...kalau diberikan standard cool mengikut high school di amarika(sebab pa aku pilih amarika,bukan aku kipas susah mati amarika tapi budaya cool mereka kelohatan begitu cool pada kaca mata aku sewaktu kanak-kanak dan remaja)......mereka-mereka yang cool adalah yang menjadi perhatian orang-orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa...mereka ini biasanya agak extraordinary dan outstanding in crowd....sentiasa menarik perhatian..akan mempunyai ramai pengikut...dan biasanya akan dipilih menjadi ketua...biasanya jugak bukanlah bijak pandai..melainkan sweet talk belaka.....ni semua in amarika la...

tapi sebenarnya ianya bukanlah jauh berbeza dengan high school di mesia...mungkin yang bezanya kita di sini memakai uniform jadi persaingan untuk kelihatan lebih menonjol dan up to date dengan fesyen semasa tidak begitu ketara melainkan mungkin lebih kepada aksesori....in my boarding school..golongan-golongan cool ini kebiasaanya terbahagi kepada dua ya..cool yang baik dan cool yang naughty.....

cool yang baik ialah mereka-mereka yang memegang jawatan-jawatan penting di sekolah...agak nerd sebabnya geng-geng yang pegang jawatan ini biasanya lebih cerdik dan pandai kan dari mereka yang regular macam aku...hehe....mematuhi peraturan sekolah.....boleh memimpin dengan baik dan mempunyai pengikut jugak...penyokong....

cool yang naughty ialah mereka yang gemar melanggar peraturan sekolah......berlagak otai....mempunyai pengikut jugak.....selalu outstanding dari kebiasaannya.....tidak begitu menyerlah dalam pelajaran namun ada juga segelintiran yang genius dan bijak.....menjadi perhatian jika pergi ke mana-mana kerana membawa geng atau anak buah....

dan aku..tidak tergolong dalam mana-mana kategori..aku hanyalah pelajar biasa di sekolah dahulu...mempunyai geng tersendiri....tidak begitu naughty di mana sekali sekala berasa sangat cool bila melanggar peraturan sekolah namun menjadi agak baik bila dikecam atau diberi peringatan oleh guru disiplin..aku lebih kepada manusia yang dalam berani ada takutnya,dalam takut ada beraninya.....

cuma yang boleh aku katakan..aku seorang yang agak kuang ajar dulu..dimana aku agak tidak menyekat percakapan aku...honestly,aku agak kuat mencarut dahulu......sangat teruk la jugak.....ish2..kanak-kanak baru nak up la katakan..seiring dengan usia aku semakin matang dan kurang mencarut dan sekarang perkataan yang kasar dari mulut aku hanyalah bodoh.....

see,aku memang tak cool....bila dah besar2 ni...di sini..budaya cool itu masih ada namun ianya juga matang siring dengan usia...cool di sini ialah siapa yang paling berketrampilan seperti seorang guru...berperwatakan seperti guru.....that is cool man......