Tuesday, November 4, 2014

kehidupan selepas bekerjaya

assalamualaikum....

lama rasanya tak menulis disini....tadi online sekejap dan terbaca post dari sahabat,cik pinked....terasa termotivasi nak bercerita disini....

Alhamdulillah dah hampir 7 bulan berkhidmat di sekolah yang terpilih dan bernasib baik menerima kehadiran saya :) pengalaman bekerja sebagai seorang guru dan berkhidmat sebagai guru pelatih amat berbeza....bebanan kerja dan suasana sebagai guru sebenar masih dirasakan sebagai satu keadaan yang seperti diawang-awangan...

menjadi seorang guru baru menyebabkan saya harus menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana sekolah yang sedia ada mempunyai budaya masing-masing....

proses menyesuaikan diri itu kadang kala menyebabkan ada satu perasaan seperti menjalani orientasi....hahaha...nak in dalam satu komuniti yang lingkungan usia agak dewasa daripada diri kita bukanlah mudah....jika diluar,mereka layak digelar kakak namun secara profesional mereka dilayan seperti rakan sekerja...

kalau dulu waktu praktikum,masa lebih banyak dihabiskan dengan pengajaran di sekolah dan get ready nak kena observe je...tapi sekarang,banyak tugas-tugas lain yang menanti...

masih menyesuaikan diri....masih mencari keseronokan menjadi pendidik...

ada masa suka,ada masa geram sangat2 dengan murid...ada masa agak down bila apa yang diajar tidak difahami oleh murid..ada masanya bangga bila murid ucap terima kasih atas apa yang kita ajar..


satu perjalanan yang jauh baru bermula....doakan saya terus sukses dan cekal hati untuk 36 tahun akan datang....






Sunday, March 23, 2014

posting

alhamdulillah...akhirnya dapat posting di selangor...so,selangor la kita...