Monday, November 30, 2015

Cuti kedua

Salam semua...minggu pertama nak bercuti ni...selepas hampir setahun bekerja untuk tahun ni....nak lepaskan lelah untuk kali ini dengan lepak kat rumah je...recharge balik tenaga untuk tahun depan yang lebih mencabar dengan lebih banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan

Wednesday, July 29, 2015

masih bernyawa

assalamualaikum

lama tak menulis rasanya....masih membaca blog2 yang lain tetapi tak da masa nak menulis di sini...huhu

rupanya memang sibuk kehidupan seorang cikgu ni....selepas hampir setahun 3 bulan bergelar pendidik.....semakin banyak tanggungjawab yang dipegang.....semakin banyak berjumpa dengna ramai orang.....semakin banyak kursus yang dihadiri.....semakin banyak acara yang dikelolai...semakin mematangkan


kadang kala rasa tak percaya dengan kemampuan diri sendiri....


rupanya aku boley buat semua tu....yang menjadi penghalang adalah diri sendiri....

kita perlu keluar dari comfort zone....

25 tahun ini membuktikan kematangan seorang faten

masih banyak yang perlu ditempuhi

masih banyak onak dan duri

hidup ni tak selalunya gembira je kan...kadang2 memang rasa fed up jugak tapi hidup mesti diteruskan...


demi sesuap nasi....bumi petaling jaya ni menjadi saksi jerih perih kehidupan aku sebagai guru baru


p/s :mood sedih sebab borang ptm yang dihantar by hand katanya tak diterima...nama tak ada dalam sistem...ate,tahun biler nak p ptmnye pung.....kena hantar semla...birokrasi memang memualkan

Tuesday, November 4, 2014

kehidupan selepas bekerjaya

assalamualaikum....

lama rasanya tak menulis disini....tadi online sekejap dan terbaca post dari sahabat,cik pinked....terasa termotivasi nak bercerita disini....

Alhamdulillah dah hampir 7 bulan berkhidmat di sekolah yang terpilih dan bernasib baik menerima kehadiran saya :) pengalaman bekerja sebagai seorang guru dan berkhidmat sebagai guru pelatih amat berbeza....bebanan kerja dan suasana sebagai guru sebenar masih dirasakan sebagai satu keadaan yang seperti diawang-awangan...

menjadi seorang guru baru menyebabkan saya harus menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana sekolah yang sedia ada mempunyai budaya masing-masing....

proses menyesuaikan diri itu kadang kala menyebabkan ada satu perasaan seperti menjalani orientasi....hahaha...nak in dalam satu komuniti yang lingkungan usia agak dewasa daripada diri kita bukanlah mudah....jika diluar,mereka layak digelar kakak namun secara profesional mereka dilayan seperti rakan sekerja...

kalau dulu waktu praktikum,masa lebih banyak dihabiskan dengan pengajaran di sekolah dan get ready nak kena observe je...tapi sekarang,banyak tugas-tugas lain yang menanti...

masih menyesuaikan diri....masih mencari keseronokan menjadi pendidik...

ada masa suka,ada masa geram sangat2 dengan murid...ada masa agak down bila apa yang diajar tidak difahami oleh murid..ada masanya bangga bila murid ucap terima kasih atas apa yang kita ajar..


satu perjalanan yang jauh baru bermula....doakan saya terus sukses dan cekal hati untuk 36 tahun akan datang....