selama ni aku percaya kepada jodoh itu rahsia Allah......sebabnya memang sejak sebelum kita dilahirkan lagi.....siapa jodoh kita,Dia dah tentukan cuma kita lah yang tak tahunya......baru2 ni aku terdengar sokseksoksek orang mengatakan jodoh itu tak harus ditunggu tapi dicari....bukan istilah perigi cari timba yang menjadi persoalannya tapi effort si hawa dalam mencari adamnya or else effort si hawa dalam menarik perhatian si adam....gitulah....since bilangan perempuan makin bertambah melebihi lelaki,effort itu perlu dan perigi memang tak seharsunya menunggu timba...sebab sekarang dah ada air paip.....takut2 timba dah tak nak guna perkhidmatan perigi...erkkkk(tak tau aku merepek apa sebenarnya ni)
berbalik kepada topik jodoh itu rahsia Allah......ada satu masa tu...tengah aku berbual dengan sekuntum bunga yang kembang mekar mengenai topik ini tetiba datang seekor kumbang menyatakan salah penyataan jodoh itu rahsia Allah.....ternganga lah mulut kami sebentar namun berjaya ditutup sebelum lalat masuk (ok..tak lawak)....
kumbang : ampa tau dak yang jodoh tu bukan rahsia Allah...tapi jodoh tu ada kat sekeliling kita...
bunga : maksudnya??
kumbang ; maksudnya kalau kita ni bakal cikgu....dah tentu2 la jodoh kita nanti cikgu jugak....yang memang dalam persekitaran kita jugak lah...
bunga : ada pulak macam tu.....taklah
kumbang : aku bagi contohlah kan...tak kan cleaner nak dapat jodoh engineer kot...mestilah jodoh dia pengemis jugak...
bunga : haish..ada ke cakap macam tu...hina sangatkah cleaner?? if memang jodoh dia dengan engineer,tak boleh kah??
kumbang : taklah..ni just contoh untuk nak bagitau jodoh kita tu mestilah dalam kalangan kita jugak..so,ampa pun carilah jodoh dalam kalangan ampa jugak..cikgu...
aku dan si bunga berpandangan....tanda tidak puas hati......memang sebelum ni kami ada jugak berbincang pasal jodoh yang sekufu....sekufu ni pun ada input tambahan yang aku nak cerita later...dulu bagi aku sekufu tu...macam yang kumbang tu fikir lah....cikgu eloknya dengan cikgu....sekufu gitu...dan cleaner dengan engineer ialah tak sekufu....huhu..narrow minded
tapi penyataan si kumbang tu membuatkan otak aku berfikir......betulkah jodoh kita siapa yang ada di sekeliling kita je?? seriously aku tak nak jodoh aku seorang cikgu jugak.....kalau dapat doktor pun best jugak kan..eh....melawak je....:)
Bila anak mengikut.
4 years ago
2 comments:
hurm..cam penah bce je post ni..
repost ka?
hehe...lawak la k0 faten...
aq suke topik ko ni...
menarik....
Post a Comment