Thursday, June 30, 2011

menangislah bila satu dunia membencimu

(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)
Maksudnya:

Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)

(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)

Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)

GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)
Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)

(kredit to:http://www.loveloveislam.com/2010/07/oleh-akhisalman-gambaran-dan-kelebihan.html)


Ibnu Qayyim, seorang ulama terkenal pernah menyenaraikan 10 jenis tangisan manusia:

  1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Tangisan kerana rasa takut.
  3. Tangisan kerana cinta.
  4. Tangisan kerana gembira.
  5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan.
  6. Tangisan kerana terlalu sedih.
  7. Tangisan kerana terasa hina dan lemah.
  8. Tangisan untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Tangisan kerana terikut-ikut atau terpengaruh dengan tangisan orang lain.
  10. Tangisan orang munafik yang penuh kepura-puraan.
(kredit to:http://aisyahumyra.com/blog/2010/06/28/padamu-kubersujud/)



sekadar merujuk kepada beberapa sumber.....hurm,sekarang mood aku adalah tangisan yang ke enam...sebab musabab kesedihan adalah tidak munasabah sebenarnya tapi aku tak leh nak menghentikan air mata yang mengalir ni

serius....dah la air mata tak nak stop....dok dengar lagu sayu2 jek...makin bertambah2 laju air mata ni....


tapi menangis ni baik gak sebenarnya....


sebagai manusia....menangis ni dapat release tension or feeling yang trapped dalam hati kita...


selalonya sebab aku menangis adalah sebab amarah yang amat sangat tetapi tak dapat aku lepaskan...


aku agak cakap lepas jugak tapi kalo tahap kemarahan aku sangat2 tinggi dan aku khuatir akan mengakibatkan kecederaan hati kepada sesiapa kalau aku menuturkan kata2 pedas tanpa berfikir dulu..aku memilih tok menangis sengsorang jek....


acapkali aku menangis sebab manusia lain sedangkan kita sebagai hambaNya kena menangis untuk menginsafi diri dan kebesaranNya....


Ya Allah..betapa daifnya diriku ini....

patutnya aku kena menangis mengingatkan segala dosa2 yang penah aku lakukan dan siksa neraka yang menanti....

Ya Allah...banyaknya dosa hambaMu ini.....


manusia sentiasa lupa dan alpa (bukan orang melayu jek)....

semoga aku diberikan kesempatan untuk menangis kerana dosa2 yang pernah aku lakukan dan kerana hati ini merintih rindukan Rasullullah dan Allah S.W.T

amin.....

p/s: cubalah menangis mengingati Allah untuk mendapat naunganNya.....




0 comments: