kisah untuk hari ini akan dimulakan dengan mukadimah peristiwa hari sebelumnya...
rabu petang yang hening tetapi panas yang menggigit2 urat muka....berjalanlah sekumpulan pengakap muda menuju tempat perjumpaan......kali ini belajar memasang khemah....agar thrill sebab bijak sangat pilih kawasan berbatu..agak susah nak cucuk pancang...ye la....suma nak tempat redup kan.....
di akhir perjumpaan..cik bendahari mahu mengutip duit topi pengakap yang bernilai 22.30 sen....dan juga duet buku sebanyak rm10 pada sesiapa yang belum baya lagi iaitu aku la tu...
perbualan pun bermula.....
cik yus: bayar la faten....(die dah bayo so poyo sket disitu)
aku:nak bayar la ni..tp tak de buet kecik kot..ingt aku tak mampu ke??aku ada seratus kot....
sambil tangan bangga membuka purse dan menunjukkan dua not rm50....
kamis pagi....
sewaktu sedang sibuk bersiapuntuk ke kelas matematik pada jam 8 pagi..peluh2 wanita menitik keresahan......mana purse aku???di dalam laci meja merata2 tangan meraba2....tiada....
kaki laju menuju ke beg galas yang dibawa ke perjumpaan pengakap semalam....beg ditonggangkan...masih tiada...tangan rakus mencari dicelah2 mana yang rasanya dapat menyembunyikan purse pepelpemberian cik rumate sewaktu perpisahan dulu.....
jantung mula dap dup dap dup....
kaki laju melangkah ke kelas sambil mulut terkumat kamit menyebut al Hadi yang diajar oleh cik mariam...
hati gusar.....otak dah pikir memacam....
dengan ic, kad bank dan not rm50 berada di dalm purse....takutnya hanya Allah yang tahu....
sebaik sahaja tamat kelas matematik...waktu rehat tiba...kaki cepat2 melangkah ke pulako,iaitu tempat perjumpaan pengakap semalam.....mungkin jatuh di situ..sebarang kebarangkalian amatlah diambil kira......sambil ditemani cik marian, cik badariah..cik sakinah....
kaki kemudiannya pantas diatur ke arah bilik sambil tangan lincah mendail hotline bsn untuk block kad bank...dalam masa 5 minit..kad bank sudah berjaya diblock...
tiba di bilik...sesi mencari bermula dan dalam masa sesaat purse dijumpai di bawah bantal di katil rumate...arrrggghhh,cam mana la boleh tak perasan....geramnya.......
nak undurkan masa pun dah tak boleh....terpaksa la petang tu keluar pergi ke bank untuk buat kad yang baru....
pengajaran untuk cerita di atas:
jangan nak riak dengan harta secoit yang kita ada.....
jangan wat keputusan terburu2
pikir dengan tenang
cari dengan mata bukan dengan hati yang gelisah dan gabra...
natijahnya,aku dileteri kengkawan sambil dilontarkan kata2 yang pedas seperti cabai burung....
telinga aku berdesiang gila..hati mulai panas.....tapi apakan daya..memang salah aku.....
p/s:akak kaunter 4 bsn bakar arang dekat dengan tesco baru kaunter 4 sangat cun.....:)