Thursday, August 11, 2011

sifat marah

yam: aku rasa kau ni nanti mesti dapat darah tinggi..sebab selalu sangat nak marah
faten:apsal plak (nada marah)
yam: ha, tengok2....baru cakap sikit dah nak marah.....oran pompuan ni kene makan supplement...bagus tok kawal hormon..kau ni slalo marah sebab hormn tak seimbang la ni...
faten:whatever...tak reti aku nak makan supplement2 bagai....
yam:...

ni lah antara perbualan hangat yang memang kadang-kadang menghangatkan diri aku...

memang aku mudah panas...senang nak marah....kadang-kadang untuk sebab2 yang tak munasabah pun aku nak marah....lagi2 kalau nak pms....berganda-ganda rasa nak marah tu

kadang2 sebab rasa marah yang melampau aku menangis nak releasekan rasa itu...
sangat annoying kot......susah nak kontrol hati aku untuk tak marah2 dan geram2....haha

bukan aku sengaja nak marah2 ni...ni suma out of control...siyes cakap.....aku bukan orang gila nak marah2 tanpa sebab...tapi aku orang yang lemah sebab tak boleh kontrol sifat marah aku ni.....

kadang2 memang nampak bodoh sangat...lagi2 bila fikir dua tiga kali....lepas rasa marah tu reda, rasa bersalah sangat kalau ada terkasar bahasa dengan kawan2..ada terguriskan hati semua......

supah aku tak sengaja..maafkan aku insan yang lemah ni......

aku cuba tapi bape kerat sangat la aku berjaya mengawal semua menda bodoh ni....


penat rasanya.....penat nak marah2 dah.......

dulu2,zaman masih muda belia.....kalau ada jek orang buat marah..mesti aku tanpa segan silunya gaduh mulut dengan orang tu...berani la nak sindir ke, nak kutuk ke..mau aku sound direct jek...

penah kot aku gaduh mulut dengan kawan sekelas dan ditenangkan oleh cikgu bi aku...tu pun masa dia soh salam tak seikhlas hati aku hulur tangan...sebal gila kot....dah la kitaorang gaduh mulut stail curse......bangang gila.....

hahaha..ye, aku kuat cursing dulu....tapi words yang aku guna adalah yang paling basic dan aku cursing dalam bahasa melayu sahaja.....time tu tak reti pun nak guna s***, f***,...mencarut guna bahasa melayu adalah ganas.....dan aku hanya sebut b*** jek ok.....cuma perkataan itu akan diulang sebanyak yang bleh sampai aku puas,.....( maafkan aku yang lemah ni...)

sekarang ni dah mature, dah tau yang b*** tu cuma binatang yang haram dimakan oleh orang Islam....tak tahu napa nama dia disebut time mencarut...menyebut b*** adalah mencarut ke??? aku pun tak pasti.....

harapannya, aku semakin matang dan tak lagi nak bersifat bodoh dengan marah tak tentu hala......

p/s: masa diberi tazkirah kelas tentang sifat-sifat bodoh..aku dah tau yang sifat marah mesti ada......sama2 la kita renung dan muhasabah diri

Tuesday, August 9, 2011

inai di jari...

Faten dan inai adalah satu menda yang tak dapat dipisahkan….tak sure aku dah penah cita atau tidak tapi aku memang amat terlalu sangat suka pakai inai….kiranya amat rare la nak tengok jari aku tak dihiasi dengan inai….

Aku dah tak ingat sejak bila aku mula minat untuk memakai inai ni….tapi rasanya sejak dari sekolah rendah lagi….

Oleh sebab suka sangat pakai inai, aku sanggup langgar peraturan sekolah…seingat aku la…ada sekali tu, time form 2 kan….aku tengah cuci tangan lepas makan tetiba ada sorang akak prefect ni tengok baik punya kat tangan aku…masa tu aku baru je 3 hari pakai inai..memang merah menyala la kan…sedap jek dia sound aku…

Akak : eh, awak tau tak, tak boleh pakai inai tau kat sekolah ni…

Aku:eh, ye ke kak?? Napa pulak?? Bukannya pewarna kuku pun….

Akak: tak boleh la..paham ke tak ni??

Aku : oh..ok la kak….lepas ni saya tak pakai dah….

Padahal dalam hati aku memang wondering gila napa la tak boleh pakai inai…..pelik kot….tapi aku still tak selamat lagi dari akak tu….setiap ari rabu or selasa kot, aku pun tak sure..akan ada prefect check appearance kitaorang..contoh tengok pakai name tag ke tak, kuku pendek ke tak,pakai singlet ke tak, pakai kain dalam ke tak….suma kene check tahu….motip???aku pun tak tahu…..time check kuku memang aku kena la…

Macam2 alasan aku bagi….ada kenduri kawin kat umah, so, kene join pakai inai sekali….kuku saya rosak jadi nak bagi baik ubatnya inai….

Memang mencabar la masa tu….hahha…nak bagi alasan yang menyakinkan….tapi fun….

Kesimpulannya, aku memang suka pakai inai..dan sampai sekarang aku masih pakai inai…..sejak berada di IPG ni, setiap kali aku balik umah macam cuti semester kan…kalo rasa inai dah agak2 pudar jek mesti aku merengek2 kat emak aku nak pakai inai…..

Naseb bek mak aku nak melayan peel gedik ngade2 anak dia ni….stail inai yang aku suka pakai adalah macam ni…..

-kredit kepada google-

Mesti melebihi kuku dan meliputi jari….dan wajib ada bulat kat tengah2…hehe…aku suka pakai inai pokok jek..kalo inai yang dalam pack tu..ataupun dalam bekas yang mudah hanya picit di kuku tu….aku tak suka sangat sebab warna dia tak lawa cam inai pokok dan juga bau dia busuk sikit….

Bau inai pokok sangat awesome…sangat sedap….pakai inai, mesti ari2 aku cium bau jari sendiri..kau makan la kari ke…masak merah ke…apa pun…still aka nada bau inai terselit2….itu yang best sebenarnya…

Yang bawah ni plak inai yang aku idam2kan nak pakai masa kawen..oleh sebab aku selalo pkai inai, ada aku dengar orang kata nanti kalau aku kawen mesti seri inai kat jari aku tak da umphh dah…tu yang terdetik dalam hati nak pakai inai style macam orang india..ukir2 kat tangan..sangat style

-pemakaian inai idaman-

Namun ada fatwa kata tak boleh kan pakai inai macam tu..sebab menyerupai tatu…

Jawabnya kene pakai inai macam biasa je la…mau orang tak tahu yang aku kawen …sebabnya selalo tengok aku pakai inai..dah tak da yang special kan…

Tapi bila tengok kuku yang makin putih tak berinai, hati aku meronta-ronta nak pakai inai..balik hari tu sangat busy tak sempat nak pakai (padahal mak aku mals nak pakaikan)..sabo je la….

p/s: warna merah warna yang memberahikan..sebab tu pengantin baru pakai inai..ianya adalah adat semata yang kita tiru dari budaya india..tak pakai pun tak pa…seri pengantin tetap ada..yang penting ijab dan kabulnya…J

siapa kita

siapa kita untuk mempertkaikan amalan seseorang....

siapa kita untuk mengatakan seseorang itu jahat hanya kerana dia memikirkan dunia yang juga sama penting dengan akhirat

siapa kita nak menghukum seseorang itu jahil hanya kerana dia membuat pertimbangan rasional berdasarkan rasa tanggungjawab yang tinggi sedangkan mereka yang menuduh berselindung di sebalik nama agama namun mengabaikan apa yang dipertanggung jawabkan di atas bahunya....


siapa kamu??

kamu dan aku sama-sama hambaNya yang sedang mencari keredhaanNya di bumi Allah yang maha luas ini...


terlalu banyak cara dan perkara yang boleh kita lakukan untuk mencapai keredhaanNya...mendapat pahala....membuat kebaikan...menambah amaln baik.....menambahkan catatan kebaikan di bahu kanan kita


namun mengapa kamu begitu jumud memandang bahawa hanya itu satu-satunya cara untuk beribadat kepada Allah dan jika ada yang tidak melakukannya, dia jahil...dia tidak tahu bulan ini bulan penuh keredhaan..penuh barakah..penuh dengan pahala.....

kita tidak pernah disuruh untuk terlalu mengejar akhirat sehingga dunia dilupakan...kedua-duanya kena seimbang...


ya, aku kurang ilmu......kurang amal....tapi aku bukan jahil.....

aku tahu yang tanggung jawab itu akan dipersoalkan kelak di atas bahu kita dan mampukah kita mahu menjawabnya jika secara terang jelas dan nyata kita menolak tanggung jawab itu ke pundak orang lain atas alasan kita beribadah....

tepuk dada tanya iman....



aku teringat kata-kata dalam cerita budak kelantan

walau kita jahat,kita jangan sekat orang buat baik.....


p/s:entri perlu bertapis kerana ini isu sensitif.....menggelegak kepala tipa kali fikir.....bulu roma semua meremang sebab adrenalin naik rasa nak marah jek.....mereka dan sifat jumud.....kadang-kadang memang susah nak cakap dengan orang yang sok tahu pasal agama.....



Sunday, August 7, 2011

BEZA DAN TAK SERUPA

kasih sayang ni universal...

lain orang lain cara nak ungkapkan kasih sayang yang dia rasa

kasih sayang pada family ke

pada kawan-kawan ke

pada insan lain yang disayangi ke

cara dan bagaimana kita express rasa sayang itu adalah tidak sama...

dan tak ada kayu pengukur yang boleh sukat banyak atau sikit sayang kita tu hanya dengan tengok cara kita layan orang itu atau apa-apa pun


paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni??

contohnya cam ni la....


kita jauh dari parents kita.....tapi kita jarang-jarang call..maybe dalam sebulan adalah dalam dua,tiga kali jek....sembang pun tak da la happening gila2..cakap i love u bagai kan...... pastu jarang pulak balik rumah sebab tuntutan kerja or tugasan kan...

kita tak boleh assume dia kurang sayang family dia....maybe cara dia express sayang dia bukan dari ucapkan i love u,i miss u secara berdepan....mungkin dia menitipkan doa setiap kali doa buat family dia....

apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang sebenarnya tersembunyi dalam hati seserang tu...


let say dengan kawan2 plak....kau biasa2 jek dengan dia ni..tak la peluk cium selalo..tak la makan sesudu,mandi seshower, tidur sebantal......jalan pun tak la pegang2 tangan....sambut bufday pun bagi hadiah murah jek..tak mampu nak belikan kek secret recipe....nak cakap i love u lagi la cam poyo gila....tapi bila kawan kau ni seidh, kau la orang first yang akan cuba hepikan dia...kalau dia ada masalah, even kau tak leh selesaikan..kau boleh jadi pendengar setia.....bila kau tengok tangan dia penuh, kau tak teragak2 nak ambik skit barang dari tangan dia....


kalau bagi insan lain itu....cara seseorang dalam berpasangan adalah tak sama tau.... kau cemburu pada pasangan kau tak tau lagi itu dikira kau memang sayang atau pun kau ikut kawan-kawan kau yang memang bersikap camtu dengan pasangan dorang gak.....cemburu tanda sayang?? aku memang tak caya dengan kata-kata tu..kalau kita sayang,kita akan percaya pada dia dan tak kan ada kes cemburu ni...bagi aku la...hahaha..tapi aku pun adalah jugak cemburu sikit2.......manusia kan.....cuma jangan lah cemburu buta..bahaya


andai kata sayang tu diukur dengan banyaknya kredit yang dihabiskan untuk menelefon dan sms......bagi aku sayang tu masih tak cukup kuat.......



andai kata sayang itu diukur dengan banyaknya hati mengingat dan terkenang, itu pun masih tak cukup.....


sayang bermaksud kita sertakan nama dia di dalam doa kita agar dia mendapat kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat......


sayang biarlah sampai ke syurga....ni bukan khusus untuk pasangan je ek....

untuk family terutamanya ibu bapa dan juga kawan-kawan.....


penegasannya, cara kita sayang dan mengekpresskan rasa sayang itu subjektif......tepuk dada tanya selera.....

Thursday, August 4, 2011

MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING

and the winner goes to those yang ego, pentingkan diri,

hurm..sulit aku nak cakap sebab aku rasa menda ni sangat la bodoh untuk diperbahaskan...

mengalah bukan bererti aku kalah tapi aku fikir dari pelbagai aspek......

mungkin aku jugak ada sikap selfish...

biaq la...mungkin aku sebagai kakak yang tua kene beralah dengan adik2...

haha..so not me...kadang2 kita tak leh fikir sangat kan diri kita

entah la...cuma aku harap dorang akan rasa jugak macam mana aku rasa ni...

bukan nak dakan sesuatu yang tak baik

tapi aku cuma manusia biasa...

aku bukan nabi....


bukan malaikat.....

aku cuma manusia biasa yang banyak perasaan...

yang tahu marah


arggghhhhhh......persetankan dorang suma...

yang pasti...kalau bukan sekarang,nanti drang akan dapat balasannya....


amin!!!!ni doa orang yang teraniaya....

Tuesday, August 2, 2011

BAGAI ENAU DALAM BELUKAR

walaupun sekarang bulan puasa, tapi nak marah jugak...

geram2....

lantak pi la...nak jugak cita....sebab bengang,bengang,bengang...

geram..geram..geram..

ceritanya macam ni semester lepas..kitaorang pegi pbs kan seminggu kat sekolah, so, masa tu jugak ada la esaimen pair kan....pas pbs plak nak kene anto...kene wat rumusan sal artikel cam tu la...

so,oleh sebab aku buat pbs dengan yam dan jugak yuni, aku pun mintak la nak 1 group....ye la..nma pun wat pbs skali kan..mst la senang nak wat keje skali kan...


tup tup ada mulut2 yang kata tak nak wat cm tu sebab tak fair bagi orang yang wat pbs sorang2....

sebabnya yang sorang2 akan terpisah dengan partner die selama seminggu dan tak leh nak wat keje sesama macam orang yang buat pbs sama2...

hotak kau....time tu memang mendidih dah darah aku....berkira gile kot sebabnya padahal yang buat sengsorang adalah minoriti tapi nak kecoh2 kan...

bincang2 la satu kelas...tak tahu napa tak ramai yang sokong idea aku ni...ntah pape tol..kelas aku memang cam tu..suka wat keje susah...mende ntah perangai....dan aku bukan ajk subjek tu nak bangkang lebih2....diam je la pastu

sakit jiwa ok..tapi last2 aku turutkan jugak la..malas nak kecoh2...tak kan nak jadi cam anjing menyalak2 plak kan..so,redha je la...

sepanjang wat pbs tu...merasa la email artikel la....pilih2 artikel pun via email ke....tak ada perbincangan yang proper

so, hasilnya tak bapa nak best la kan...tapi lantak la kan...dah ada orang2 yang pendengki tak nak mudahkan keje orang lain kalau dia susah kan...dia susah orang lain pun kene susah kan....

padahal aku dah cakap dah..next time akan jadi cam ni lagi..why dun sacrifice sikit tok kengkawan lain..next time maybe rezeki korang pulak macam ni....tapi penting diri sangat..tak leh tengok orang lain senang sikit..keja yang senang jadi susah...

and betul macam yang aku cakapkan..sekarang situasi yang sama jadi lagi...untuk subjek maths jugak...kene pilih artikel jugak..kene wat rumusan jugak....dan kene wat mikroteaching based on artikel kita...

dan aku adalah ajk untuk subjek tu....

dan ada orang2 yang mintak supaya sapa yang buat pbs sekali tu nak jadi satu group atau pair...

dan mulut yang dulu membangkang keras idea aku sebab dia buat pbs seorang2 nak pair dengan orang yang buat pbs dengan dia pada kali ini...

wah wah wah...sedap je dengar ayat dia...

biar la sapa yang buat pbs sekali tu jadi pair kan senang...

ye kamu, saya pun maksudkan menda yang sama jugak dulu...tapi tak da sapa yang nak macam tu kan..sebab kamu tu buat pbs sengsorang masa tu..tak adil kan...

tapi sekarang saya pulak buat pbs sorang2..tak adil jugak bagi saya kan..

aku bukan manusia yang jenis berkira tau...sumpah tak

tapi kan bila sekali orang buat taik kat kita..palit taik kat kita..walau dah basuh pun...kita mesti teringat2 tangan kita yang penah busuk sebab bersihkan taik tu..

macam tu la yang aku rasa...

aku jadi susah nak wat asaimen sebab ada makhluk2 yang dok berkira sangat pasal diri die tanpa pikir orang lain....

aku memang boleh nak buat alone...terpisah dengan pair pun tak pa...

aku boleh buat sebab aku dah ada pengalaman kan...

tapi adil tak bagi orang2 itu yang dengan mudahnya dapat apa yang dia inginkan sedangkan orang lain pernah stress sebab dia....

sebab kamu.....


kamu jangan la pikir diri sangat...

aku nak sangat buat pentingkan diri..aku ajk kan..aku ad kuasa tentukan kumpulan....napa aku nak dengar cakap korang???

korang dulu pun tak dengar cakap aku...kata apa,tak adil..tak adil

YA,MEMANG DUNIA NI TAK ADIL...

sapa nak tolong anjing tersepit kalo dah dilepaskan kita pulak kene gigit..

ye,aku selalu dalam situasi macam tu..lepaskan anjing tersepit..dan aku digigit...

sakit....


sangat sakit

tapi dengan kawan2 apa la nak berkira sangat


aku boleh ajdi macam kamu...

tapi aku putuskan biarlah.


buatlah keputusan yang boleh puaskan hati kamu

aku malas campur tangan dah...

lantak korang la...

apa2 pun..teori aku memang betul...

what goes around comes around.....