Tuesday, August 9, 2011

siapa kita

siapa kita untuk mempertkaikan amalan seseorang....

siapa kita untuk mengatakan seseorang itu jahat hanya kerana dia memikirkan dunia yang juga sama penting dengan akhirat

siapa kita nak menghukum seseorang itu jahil hanya kerana dia membuat pertimbangan rasional berdasarkan rasa tanggungjawab yang tinggi sedangkan mereka yang menuduh berselindung di sebalik nama agama namun mengabaikan apa yang dipertanggung jawabkan di atas bahunya....


siapa kamu??

kamu dan aku sama-sama hambaNya yang sedang mencari keredhaanNya di bumi Allah yang maha luas ini...


terlalu banyak cara dan perkara yang boleh kita lakukan untuk mencapai keredhaanNya...mendapat pahala....membuat kebaikan...menambah amaln baik.....menambahkan catatan kebaikan di bahu kanan kita


namun mengapa kamu begitu jumud memandang bahawa hanya itu satu-satunya cara untuk beribadat kepada Allah dan jika ada yang tidak melakukannya, dia jahil...dia tidak tahu bulan ini bulan penuh keredhaan..penuh barakah..penuh dengan pahala.....

kita tidak pernah disuruh untuk terlalu mengejar akhirat sehingga dunia dilupakan...kedua-duanya kena seimbang...


ya, aku kurang ilmu......kurang amal....tapi aku bukan jahil.....

aku tahu yang tanggung jawab itu akan dipersoalkan kelak di atas bahu kita dan mampukah kita mahu menjawabnya jika secara terang jelas dan nyata kita menolak tanggung jawab itu ke pundak orang lain atas alasan kita beribadah....

tepuk dada tanya iman....



aku teringat kata-kata dalam cerita budak kelantan

walau kita jahat,kita jangan sekat orang buat baik.....


p/s:entri perlu bertapis kerana ini isu sensitif.....menggelegak kepala tipa kali fikir.....bulu roma semua meremang sebab adrenalin naik rasa nak marah jek.....mereka dan sifat jumud.....kadang-kadang memang susah nak cakap dengan orang yang sok tahu pasal agama.....



0 comments: