Monday, October 31, 2011

funny

tadi malam....aku dengan yam pergi ke perpustakaan Sultanah Haminah....hajatnya nak stadi la kan....hehe..tapi actually bukanlah stadi sangat pun...semua orang dah mula stadi kan..so,kita pun kene la jugak mula sikit2..masa tak menunggu kita ok....

tengah-tengah stadi tu..aku pun dok tengok la sekeliling kan..banyak bebudak ipsah ni yang turun stadi..exam fever kan..padahal kalau tak...sepi je perpustakaan itu...

sambil memerhati..dalam kepala otak aku berfikir..hurm..rajin dorang semua ni stadi....sume akan jadi cikgu nanti...

tetiba..what..cikgu....ttbe trse lawak plak...kita semua belajar di satu tempat yang sama dan akan menjadi cikgu....hehehe

ttbe aku gelak sendiri dan ditegur oleh yam..

ang ni kenapa
yam...lawak dak..kita semua stadi kat sni rmai2..satg kuaq sume jadi cikgu...
so??
so..lawak la....hehehe....x lwk ke??
aah...

ok,fine..aku je rse menda ni lawak....dulu kat sekolah kan..bila dok kat perpustakaan..bila tengok crowd..x penah pk pn in the future what they will be....becoz i dunno and i dun give damn for it...

but now....hehehe..lorrr,sume jadi cikgu.....

still x phm ke??x funny??ok..biaq aku je gelak....

Saturday, October 29, 2011

belia benci pembaziran

sebenarnya benda ni dah berlegar-legar dalam kepala otak aku lama dah....senario yang acap kali berlaku dalam kehidupan aku....

sebagaimana yang korang tahu..aku ialah seorang guru pelatih....hehhe..(ayat cam karangan aku sebatang pen)...sebenarnya kami diberikan elaun adalah memenuhi keperluan yang perlu kami tampung sepanjang pengajian..namun bukan elaun yang menjadi persoalan di sini

persoalan yang kerap berlegar dalam kepala otak aku ialah betapa banyak pembaziran yang dilakukan...

contohnya baru2 ni..kami diberikan tugas untuk menjalankan persembahan bagi tugasan seni dalam pendidikan..memang memerlukan pembiayaan sendiri...dan kami diberi elaun untuk itu

permasalahannya ialah selepas persembahan tersebut hampir keseluruhan props yang dibina..dilukis..diwarna....dibuang begitu sahaja...

usaha..tenaga..duit yang dihabiskan musnah begitu sahaja....masa yang diambil untuk menyiapkan props sume memakan masa hampir berhari2 namun apabila pementasan selama setengah jam itu berakhir..sume props tu dah tak bernilai....

kalau takat cam kumpulan aku je...murah kitaorang memang bajet kecik...tapi ad sesetengah kumpulan spend almost rm800++...see,betapa ruginya kalau props ini dibiarkan begitu sahaja


dapat aku lihat sendiri di tepi dewan munsyi..selepas event berlangsung..banyak props yang ditinggalkan tanpa diambil dan disimpan...semuanya lawa 2 belaka...guna polestrin ada...ken rentang...pokok2....batu2....kapal....seriusly...ianya datang dari duet yang kerajaan bagi....

appreciate la sikit....ape salahnya props sume tu dikumpulkan di stor atau bilik khas supaya senang jika in the future,nk guna boleh trus guna tanpa kuarkan duit lain untuk buat....even bukan kumpulan itu jugak guna..maybe junior2....warga ipsah yang len dan mungkin untuk event lain....

memang sangat membazir..setakat ni..dalam bilik aku sendiri,masih ada lagi barang2 persembahan ari tu..aku sayang nak buang..tapi tak tahu jugak berapa lama nak simpan..ye la..sekarang aku sorang2 je dalam bilik..so...boleh la nak simpan di ceruk mana pun...next sem mungkin dah ada rumate..mungkin props itu pun aku terpaksa buang....


pembaziran..sepatutnya ad pihak yang fikirkan mengenai semua ini..wujudkan arkib untuk props yang masih boleh digunakan pada masa hadapan..yang masih boleh digunakan dan dalam keadaan baik....

menyumbang untuk kemajuan ipsah..kita akan dapat manfaat


tapi aku hanyalah insan kerdil..meungkin pandangan aku setakat di sini sahaja.....

p/s:insan prihatin

cik pinked

bila aku baca lazy -ism dan bagitau cik pinqib..terus gelepar die balik bilik dan mengupdate.....asyoh.......kemalasan ni.....aku pun ditag.....


1. Nama sebenar sapa.

nama diberi nur faten shafiza abd razak

2. Makna di sebalik tajuk blog

aku sendiri pun tak tahu nape aku letak nama pickuchi....seriusly memang tak da makna pun perkataan pickuchi tu...masa cik pinqib tanya aku nak url pe tok blog aku..terus perkataan tu terlintas kat kepala otak aku.....and bagi aku pickuchi tu cam ala2 comel gitu...sound cm nak bunyi pickachu kan...huahuahua

3. Tujuan berbelog.

selepas dipaksa oleh cik pinqib......hahaha..die yg kenalkan aku dengan dunia blog ni...bese la...time tu baru nak up kan..sume menda baru nk cube.....hehhe...tp aku memang suka menulis.....

4. Aktif atau tak?

tak berapa la...depends dengan ada story yang nak ditulis dan kelapangan..macam sekarang.....

5. Suka blog yang macam mana?

blog yang santai.....aku suka baca tentang life story blogger....awesome.....

6. Pendapat semua tentang Pinked?

gila pink.....haha.....ok la...tulisan die tulus dari hati

7. Pendapat semua tentang dunia blogging sekarang?

entah...no komen...(jawapan bajet artis)

8. Nuffnang penting ka?

entah..aku ikhlas berblogging...eceh,x la..aku tak reti mende2 sume tu...and fyi,aku tak ingat pun password nuffnang aku...nuffnang pun cik pinqib yang watkan.....

9. Pernah rasa bosan berblogging?

penah jugak...minat aku datang dan pergi.....so,bila rasa nak menulis memang byk gila post entri..kalo tak..blog ditinggalkan sepi..aku bukan blogger tegar

10. Harapan kepada blog di masa akan datang.

majulah blog untuk negara

11. Nak soalan lagi ke?

cukup la tu...haha..ni bkn soklan exam pun...


ok...malas nak tag orang......

oh..ada menda lagi kene jawab


11 perkara orang patut tau sal aku....



1. aku panas baran
2.aku mudah marah
3. aku cepat maafkan orang
4. aku hantu durian
5. aku suka baca novel
6. aku suka cerita romantis
7. aku penyayang
8. aku suka petai
9. aku rabun
10. aku mals sikat rambut
11. aku pemalas

aku malas nak jawab....haha

Friday, October 28, 2011

kegilaan part 2

sebagai manusia biasa,aku ada banyak kelemahan dan kegilaan

ari tu dh cite kn kegilaan aku...

yang ni sambungan....

kegilaan aku dulu ialah aku cukup tak suka kalau ada orang antaq mesej mintak maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukannya secara sedar atau tak..senario ni sering berlaku bila nak exam...dan ianya bermula di maktab ni...hehehe..well aku paham niat kawan2 aku baik kan...nak mintak halal ilmu..nak mintak maaf kalau ad wat salah or tersakit hati terkasar bahasa ke apa supaya senang nak jawab exam kan,,,,,


seriusly..aku sangat amat jarang nak reply or memang dalam ati aku balas dengan tak ikhlasnya..aku tak nampak point kenapa nak mintak maaf bagai dengan poyonye semata-mata nak exam...nak berkat eventhough tau dah abes exam benda tu akan berulang lagi...

dan aku dah termind set yang mintak maaf ni hanya berlaku pada waktu raya sahaja.....

sampai la ada satu ketika di mana aku terbaca artikel di mana kita mesti selalu mintak maaf kat orang kot2 la kita ada wat kesalahan kat dia sama ada sedar atau tak....jangan tunggu raya....biarlah untuk kesalahan kecil sekalipun..jangan segan untuk mintak maaf dan memang betul kita kene mintak halal dan suci dari sebarang kemarahan atau dendam or cercaan orang bila nak jawab exam atau apa sahaja....


maafkan aku yang kurang ilmu....penah aku suarakan hal ni kat kawan aku..dan jawapan dia masih sama...aku jek yang ego tak nak terima...bila dah baca artikel tu..memang kene batang hidung la...artikel tu sebut tak kan nk tunggu p mekah baru nak mintak maaf..tunggu raya baru nak mintak maaf..mintak halal suma..kalau tak sempat..ajal dah datang..tengok2 ad orang masih berdendam ke apa...


hurm...so,kegilaan tu dah aku ubah...aku dah paham


kegilaan kuasa dua..aku tak suka wish birthday ke raya ke selamat ramadhan ke gud luck ke ape2 ke kat orang sama ada mesej atau fb ke...tapi aku suka jek orang wish bufday aku,,,,haha


penah sekali ex kawan aku ni...bagi mesej sempena nak menyambut bulan ramadhan..aku tak reply mesej tu...sebab aku tak nampak point kenapa aku perlu balas mesej tu...sampai ex kawan aku tu mesej kat aku kata aku sombong dan tak mendoakan seperti apa yang die mesej kat aku tu..untuk diri die jugak...sumpah masa tu aku terkejut...

aku tak tahu sebenarnya bila kita antar mesej berunsur keagamaan di mana menunjukkan kerendahan diri kita menanti kedatangan bulan ramadhan untuk merasai kemanisannya ...kita mengharapkan balasan...

entah la..aku masih tak paham point napa kite perlu wish kat sume orang untuk semua tu sebab pape pun kita akan tempuhi jugak bulan ramadhan..sebab tu bila orang mesej cam tu either aku tak reply or aku akan forward jek mesej orang2 len yang mesej kat aku...

kalau kt fb plak..aku cukup tak gemar nak wish epi bufday kat orang..kalau kat kwn2 rapat gigih la jugak aku tulis ucapan yang agak2 panjang..kalau orang len aku just tulis HB jek....setakat ni ucapan wish bufday terpanjang penah aku taip adalah untuk ct karamel

aku jugak tak berapa nak suka bila orang post status yang berunsur keagamaan kat fb...huahuahua..maafkan aku yang tak begitu islamik dan aku tak patut nak ras macam tu....tapi bila dah kerap sangat dan panjang berjela aku rasa cam ada ke orang baca status dia ni...Ya Allah..bukan aku tak suka orang berdakwah..aku tak cukup hebat untuk berdakwah macam tu dan aku patut bersyukur ada orang nak berdakwah kan tapi bila dah asyik nak tulis status yang terlalu islamik dan kebanyakannya berunsur lebih kepada gewean..aku jadi cam...dari nak baca terus malas..sikit2 aku boleh terima dan excited nak baca tapi lama2 aku tak suka....


kalau status yam..sokmo aku baca ek...hehe..cik yam jangan terasa..bukan ang yang aku maksudkan...bukanlah aku jenis yang suka menda lagha jek....suka baca status yang bodo2,yg tak da motif tapi terlalu berilmiah dan keislamikan terlalu berat untuk aku..

macam blog la jugak...aku tak berapa gemar nak baca blog yang berunsur keislamikan sangat sebab dorang ni jenis suka sangat cop paste benda yang terlalu berat dan panjang2 tapi aku suka baca benda berilmiah dan islamik yang berunsur cerita dan santai..itu sesuai untuk aku...

bukanlah aku tak suka nak mendalami agama Islam..aku sedar ilmu aku masih sikit..banyak yang kene aku amek tahu...kene amalkan tapi cubalah sampaikan ilmu tersebut dalam keadaan santai dan memudahkan...


cukup gila kan aku...hahaha....aku abnormal sebenarnya....kadang2 sumpah cara aku pikir jauh menyimpang dari orang lain....

Thursday, October 27, 2011

kerunsingan

kepala otak aku celaru..runsing memikirkan sesuatu....

aku bagi situasi pada korang ek supaya boleh paham kerunsingan aku...


lela dah lama suka pada azril....sejak dari kecik lagi...azril pun suka jugak la kan kat lela..tapi mak azril tak suka pada lela....so,hubungan dorang memang cam tak da peluang nak bersama la kan..even mak azril dah meninggal,dia dah wasiatkan azril kawen dengan orang lain....hurm...azril plak memang gila2 punye nak kat lela sampai byk kali ajak lela kawen tapi lela x nak...sebab die tak nak kawen tanpa restu famili azril....


somehow,depa kawen jugak tapi tak bapa bahagia sebab campur tangan kakak azril..di belakang azril ,kakak die selalu marah2,sindir lela..lela tak tahan dengan situasi tu...die pun tak layan sangat azril sebab terasa hati dengan perbuatan kakak azril..azril yang tak tahu ape2 ilang punca kenapa lela dingin dengan die....


persoalannya sekarang ni....napa lela tu macam tu???geramnya aku.....


aku tak paham napa lela tu nak berperangai camtu....ok,aku suka dengan sikap lela yang tak nak mengadu perbuatan kakak azril pada dia sebab tak nak nanti hubungan azril ngan kakak dia bermasalah disebabkan dia tapi oleh sebab lela tak cite pape kat azril,maka azril tak tahu dan tak paham napa lela dingin dengan dia...


aku jadi geram jek ngn lela ni....tolong la bagitau dan cari jalan penyelesaian dari kau buat dingin and tak nak layan suami kau dan buat suami kau tak tentu arah dan ilang punca sebab tak tahu hujung pangkal tindakan kau....


arggghhh..serius aku tension...sepanjang pengalaman aku baca novel..ni la kali pertama aku tak kesian dengan heroin sebab aku sendiri tak paham dengan tindakan die....dia kata dia sayang azril tapi perbuatan dia tak mengggambarkan perasaan dia...


sedangkan azril pun tak nak penuhi wasiat terakhir mak dia..yang kau nak poyo2 ingatkan kenapa..dia cintakan kau..so,terima je la...kau pun suka kat dia..cinta kat dia...be happy together la...tak yah la nak pikir sangat pasal kakak dia or ape pun....


oh...nama di atas di ubah la..hehe...aku takut kalau aku bagitau tajuk novel nanti...penulis novel serang aku....hahaha

tapi siyes aku tak puas hati....

aku di pihak azril....kalau aku sendiri pun...aku akan sangsi yang lela ni betul2 ke cinta kat aku.....geram....


tak puas hati lagi....huhuhu....



miss

kegilaan

kegilaan satu :aku tak minum air teh tapi aku minum teh susu

dulu masa mula2 mai kedah...aku bagitau abg kedai

aku :bang,nak teh susu ais satu....
abang kedai: teh ais ke??
aku: tak bukan...saya tak nak teh ais..saya nak teh susu ais...teh campur susu dan ada ais....
abang kedai: tersenyum lucu....hurm..teh o ais tu teh tanpa susu..teh ais maksudnya teh susu ada ais..cuma kami tak pnggil la teh susu...
aku:errrkkk,ok..teh ais satu

sejak ari tu baru aku tau cam ne nak order teh susu di kedah...haha

ye aku memang tak suka minum teh...panas or sejuk...kalau aku minum pun,itu maksudnya terpaksa..seperti pergi ke rumah orang dan dihidangkan air teh...akan diminum sedikit.....

so..bila orang tanya napa tak minum teh....


sebabnya dulu time kecik..kat rumah aku guna teh boh kan...teh yang serbuk2 tu...so,serbuk2 teh 2 ada la kan dalam air..memang la b4 tuang tu akan ditapis tapi still ada g kan serbuk2 teh tu sikit2..aku rasa cam aku penah tersedak serbuk teh tu la..sebab tu aku tak suka teh....even skang pun,dah guna teh lipton yang uncang kan ,,,gerenti tak da serbuk2 teh...tapi aku still tak minum gak....


ada jugak orang tanya napa kau minum teh susu...tu pun teh jugak kan...

ye,memang teh..tapi ada susu....:)

oh ye..aku jugak tak minum kopi sebab kopi pahit dan hitam...

aku ialah penggemar nescafe...:)



kegilaan 2: bila aku cicah biskut kat air teh or nescafe or milo..aku jarang minum air tersebut..either minum sikit or bg orang or aku buang


ye...aku agak psiko di sini....aku tak minum teh tapi kadang2 aku cicah biskut dengan air teh..tapi air yang aku cicah tadi aku jarang nak minum melainkan kalau dalam air tersebut tak berapa nak ada sisa2 biskut tadi

kalau air yang aku cicah tu banyak sisa2 biskut yang dicicah tadi..aku tak kan minum...


kegilaan 3;aku tak kan minum air milo sampai habis

maksudnya kalau air milo panas kan..kat bawah2 tu mesti ada serdak2 or sisa2 milo yang pekat2 tu kan....yang tu la aku akan tinggalkan sebab rasanya amat tak sedap...

kegilaan 4:aku tak suka kuah laksa yang pekat

kan kalau orang makan laksa kan...orang akan cedok yang bawah2 kan..yang tang isi2 ikan..serdak2 kuah yang pekat2 tu kan..kalo aku..aku tak suka yang tu..aku akan amek dan cedok kuah tang surface sahaja...dan aku suka laksa yang kuahnya jenis jernih2 bukan yang ala2 kelabu tu...

kegilaan 5: kalau aku minat seseorang artis tu...aku suka kumpul gambar dia....


ya...double psiko..kalau dulu suka kumpul pic artsi yang aku suka kat majalah or surat khabar...mesti aku nak gunting and tampal kat satu buku khas...haha...poyo giler kan...

skang ni...suka cari pics and wat 1 folder...bila free,msti bukak dan tengok...ngok giler....hahaha

Wednesday, October 26, 2011

pot pet

aktiviti wajib bagi kami di sini ketika menjamu selera terutamanya ketika lunch ialah membuka cerita atau bercerita mengenai pelbagai topik tanpa menyentuh isu-isu sensitif....hehe

semalam,time tengah makan kan...entah macam mana tetiba terbukak cerita pasal hantu-hantu ni....well,agak2 macam expose mistik cik peeja burhan la...ngeh3

so...macam2 lah cerita dibuka sama ada pengalaman sebenar ataupun dicedok di mana2....

dari pengamatan aku....semua diantara kami tiada sapa yang pernah jumpa the real hantu...maksud aku hantu yang cam kita selalu tengok dalam muvi or drama tu la kan....

bukanlah aku mengharapkan nak nampak makhluk tu real depan mata..mintak simpang ok..tapi quite weird jugak kan..aku penah gak pk sebenarnya the real hantu suppose kelihatan seperti apa....


ada jugak buku yang penah aku bacakan yang hantu2 suma ni tak wujud tapi yang wujud ialah syaitan yang menyerupai macam2 dalam usaha menipu daya manusia ...nak2 pka kita ni memang dari kecik dimomokkan dengan menda2 cam ni....so,when we believe syaitan tu pun menyerupailah apa yang kita selalu imagine tu kan....

aku pun tak tahu betul ke tak yang tu kan...hehe


ada jugak yang aku baca kata hantu2 ni dari jin....entah la kan....tapi yang penting kita still kene percaya kewujudan makhluk2 ni sebab dorang pun ciptaan Allah...

aku rasa yang paling real penah aku ternampak ialah pocong....


cita ni lama dah..masa tu aku sekolah rendah g...awal pagi sesangat..dalam kul 6 camtukan...dah siap2 nak p sekolah...aku g la kuaq umah nak amek angin pagi....macam omputih selalu walk pepagi kan..hahaha..dari kecik aku suka bajet omputih gitu....


tengah2 ambil angin tu aku pun pandang la kat jalan raya depan umah aku kan..jalan raya tu straight trus ke kubur kan....dalam otak aku memang tak pk ape la kan...tapi tup tup mata aku tertengok sekujur objek yang berbalut kain putih berdiri dekat tepi jalan raya..kat area benda tu berdiri banyak pokok kelapa kan..so,aku pun cam ala2 tak percaya dengan apa yang aku nampak...


so,aku pun tengok lama2 sambil gosok2 mata kan....the real pocong....aku pun laju2 masuk umah sambil urut2 dada...takut kot...even jarak aku dengan menda tu jauh...


aku tak sure if aku cite kat mak aku ke tak....tapi ntah seingat aku ada orang penah cita yang poocong memang akan landing dekat dengan pokok pisang....entah la....nak caya ke tak....

tapi sepanjang hidup aku 21 tahun ni..tulah sekali aku jumpa the real hantu...yang len2 cuma aku rasa kehadiran or leh sense ketakutan bila rasa lain macam...

penah tak korang rasa cam tu...

rasa macam angin tetiba bertiup dekat2 kau...


rasa kehadiran menda dekat2 dengan kau...

tapi kau tak nampak...itu sumapah scary and menaikkan adrenalin...



p/s;banyak g cite nak share tapi later k....:)


Monday, October 24, 2011

OBSESI PART 2

even aku suka membaca blog mereka2 di oversea....aku pun suka jugak baca blog tempatan....

well..selalunya blog2 yang aku suka baca lebih kepada life dorang la kan....aku kurang sikit kalau nak baca blog berilmiah ni sebab bagi aku terlalu berat....aku lebih prefer buku if nak menambah ilmu berilmiah.....hehe

ada kawan aku penah tanya..apa yang aku dapat baca blog orang yang just merapu cita hal idup seharian meraka yang tak da kaitan dengan idup aku pun....

bagi aku..mereka bukan just mumbling about nothing tapi ada input yang boleh diambil..ada iktibar yang boleh diambil....dan ada humor yang boleh dikongsi.....

acapkali aku gelak terkekeh sebab baca blog sahaja

acapkali aku sedih dan sebak sebab baca blog sahaja

acapkali aku emo sebab baca blog sahaja

see...hoe menda ni influence aku......

antara blog2 yang best dibaca bagi aku adalah

akak humor ( serius peeja ni sangat innocent kadang2...funny....kadang2 garang jugak....hehe)

gojes mama (akak tina ni ada tiga orang cikonet yang sangat cute)

ceeramoon ( penulisan dia santai)

arianna melissa ( dia misteri)

encik khairul ( dia sarkastik tapi so reality)

pinked (blog classmate yang funny....emo....macam2 la)

pikah stylo ( die berani memcuba fesyen....hehe)

cik yam (forever emo....haha..mud emo sokmo skang ni)



ada 1 blog yang aku suka baca dulu iaitu mummy2haq yang sangat best sebab cite sal life dia ngn dua anak lelaki die.....tapi die privatekan and skang dah tak aktif kot...sedih je rasa sebab aku suka baca blog die.....


kalau aku dengan pinqib tu..siap sembang2 lagi ape yang kitaorang baca dan aku selalu tukar url mane2 blog yang dirasakan best....sampaikan ada kawan2 yang tanya sama ada kitaorang i kenal ke blogger sume tu sebab kitaorang boleh bersembang sal dorang cam dah kenal lama.....


haha..ktorang tak perlu kenal secara realiti...sebab melalui penulisan dorang dah terasa macam kenal jek.....


p/s:power of writing

uneasy feeling

dalam dunia percintaan ni kan kadang-kadang ada suka ada duka...

tipulah kalau kau bercinta 24 jam kau bahagia je kan..senyum sampai ke telinga....


dan tipu jugak kalau kau bercinta 24 jam duka semata-mata...

so....sekarang ni dunia percintaan aku tak indah macam dulu...

banyak la duka yang melanda aku...tapi masih dapat seimbang dengan suka juga...

mungkin acap kali kawan aku cakap...aku bercinta dah lama...so, hubungan tu dah kukuh...dah tak macam dulu la di mana 24 jam tangan tak lekang dari handphone....yang kalau hp tertinggal kat bilik,lari lintang pukang aku balik ambil...nak mesej selalu....even tengah dalam kelas pun mesej(sila jangan tiru)...

kalau nak p sembang2 dalam bilik kawan pun..hp tak lepas....

selalu nak contact..nk keep in touch..even aku tak la kepochi sangat nak tahu segala aktiviti seharian die...

nak manja2..sweet2 kan...(ahak...sila jangan muntah)

well,menda2 tu sume biasa masa2 mula2 bercinta kan....tipu la sapa kata tak jadi cam tu..korang bercinta ngan manusia ke alien???hehe

tapi sekarang layanan dah tak sama macam dulu...

dulu kalau merajuk..ada orang pujuk....

dulu mesej selalu....

dulu mesra....


sekarang...aku ada satu uneasy feeling....

aku rasa dia makin jauh...(mmg la die jauh,tapi dulu dekat di hati kot).....


sekarang makin jarang mesej....kadang2 mesra,kadang2 blur.....

kalu dulu hidup tak complete kalau tak mesej...sekarang aku dah biasa dengan x mesej...

kadang2 berhari2 tak mesej...


kadang2 juz mesej 2,3 je dalam seari...

kadang2 aku mesej tapi tak da balasan....

sekarang kalau tertinggal hp...x kesah pun..sebab tau bila abes kelas pukul 1,cek hp mmg tak kan ada mesej....

aku paham situasi dia...dia sibuk


memang aku paham...otak aku paham....akal aku paham...tapi hati aku tak paham..dia memberontak....

aku mengada2....


p/s: maafkan perempuan yang emosi tak stabil sebab belum datang bendera jepun

Saturday, October 22, 2011

obsesi

salah satu obsesi aku dalam dunia berblog ini ialah membaca blog-blg malaysian yang tinggal oversea....mereka-mereka yang berkahwin dengan omputih dan mempunyai anak mix blood

seriusly sangat best mmebaca kisah hidup mereka..on how dorang adapt ngan surrounding.....what they eat.....macam-macam lah.....

aku suka tengok apa yang diorang masak kat rumah..sebab bukan senang kan nak dapat makanan halal...so,nak tak nak kene belajar masak dan tahu mengvarietieskan pilihan makanan....


apa yang aku perasan ....dorang ni jenis kurang makan nasik...adalah dalam seminggu tu..2,3 kali jek makan nasik...hahaha..kalau aku lah...mau ketaq kepala lutut...nasik makanan ruji kot...aku tak sanggup nak tukarkan even dengan roti butter scoth pun....even memang terbukti bila aku kurang makan nasik,berat aku akan kurang....tapi tak sangguplah...(erk..tetiba tercerita sal berat badan)....

memang pengorbanan besarlah bagi mereka yang kene korbankan keinginan nak makan nasik tu demi family kan....ye la dah anak2 sendiri request nak makan makanan omputih.. x nk nasik...haih....kalo anak aku,aku paksa jugak...makan ape yang aku masak...kalo makan nasik kene cicah sambal ke budu ke baru la feeling orang melayu kan...hahaha....

antara blog2 wajib baca bagi aku ialah

lemongrass

mama cik aiyu

suraya coghlan

puan jerman...tapi yang ni dah tukar url..p kt .com rsenye..agak sukar nk membaca blog die ni...kalo tenet laju sajork...

maybe obsesi aku ni sebab aku dulu2 teringin gila nak dok sambung stadi kat obersea ni tapi nasib badan la sapa soh tak ngaji betul2...men2 sangat kan..dapat la luar negeri perak sajork....

pape pun aku bersyukur je tapi harapan dan impian masih still ad dalam hati ni....manusia kan tak penah puas....kalau tak sekarang..man tau terkahwin dengan anak orang kaya dapat honeymoon kat luaq negara selama beberapa bulan....gila impian....





Sunday, October 16, 2011

debaran

hati berdebar rasa macam nak pecah

esok adalah hari baru

mulakan dengan semangat waja


perjuangan ini akan aku teruskan

sama ada esok baik atau tidak.....hanya Dia yang tahu

aku akan cuba buat yang terbaik.....

sesungguhnya aku takut.....tak bersedia

tapi kalau nak tunggu betul2 bersedia sampai bila kan...


sekarang la masanya......


yup...now~~~~


wish me luck~~~

Saturday, October 15, 2011

housewife

pagi tadi walaupun agak kemalasan tapi still trun gak men badminton..kate nak wakil kelas kan..haruslah training sket...

men pn setengah jam je pn sebab gim ada bebudak cina tengah latihan tok amali dorang...

so,pulanglah dalam kul 9 gitu..setelah membedal nasi lemak terus buat operasi membasuh baju stok seminggu....satu raga tapi tak la penuh sangat sebenarnya...basuh guna mesin la kan sebab basuh cadar n selimut sekali...

rutinnya selang dua minggu haruslah basuh cadar,selimut dan juga telekung.....:)

nak dijadikan cerita,oleh sebab minggu ni terajin mengiron baju maka pakailah baju kurung yang wajib dibasuh dengan tangan kan...sekali dengan tudung,tudung awning and yang dalam2 tu kan....

sambil mesin basuh baju,aku pun singsing lengan baju membasuh dua baldi baju-bajuan yang wajib guna tangan tu

almost half an hour,settle...trus p balik bilik untuk mengambil hanger nak sidai siap2 kan

tetiba masuk jek bilik trus nampak, air bandung cik ayuni yang ditinggalkan landing di tepi katil dah tumpah sampai masuk ke bawah meja...

hukhukhukhuk....dah la kain buruk dah tak da...cepat2 bukak beg ajaib and amek je mana2 baju yang rasa tak pakai dah dan terus mengelap...

mula2 ingatkan nak lap kat surface je tapi rupenye ad air bertakung di bawah meja sekali...nak tak nak kena la tepikan meja and lap kan...takut bersemut plak...kang tido memalam kene serang ngan semut..tak ke naya

dah abes lap2..sambil buang sawang kat tepi katil and meja,terus la ubah kedudukan meja supaya rapat kat tingkap bukan di dinding seperti sebelum ni sebab lantai tak kering lagi....


time tu serius feeling macam suri rumah yang telah lap air anak tumpahkan sambil menunggu mesin abes basuh baju...

pas dah penat2 tu, terus g rendam kain yang dah buruk tadi and cepat2 g sidai kain...elok2 dah sidai,baju dalam mesin pun siap....

cepat2 gak pegi sidai..huahuahua..capek dong

total masa untuk uruskan diri sendiri dan sebuah bilik adalah dari pukul 9.30 sehingga 11.30....dua jam tanpa henti yang memenatkan...

cam na la mak2 kita boleh manage 1 rumah and layan kerenah anak lagi...tak boleh imagine....

p/s: len kali jangan malas basuh baju and simpan stok tok seminggu...penat sikit2 lagi ok dari penat berganda di hujung minggu....

Tuesday, October 11, 2011

sekadar renungan

kadang-kadang apabila apa yang kita mahukan tidak dapat kita kecapi....

sakitnya di dalam hati hanya Dia yang tahu...

tapi Dia sememangnya Maha Mengetahui...

apa yang kita tidak kecapi itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik...

sleepy

seriusly lately ni rse sgt sleepy..pnyakit mengantuk yang amat serius...mmg la tak smpai tahap ponteng kelas ke ape...tp serius asyik rse nk tido jek...gila btol....

semalam dah la tido awal gila..dalam kul 9 dh golek2 atas katil....tidoq cm ape jek...

kelmarin tido kul 1..agak awal la jgk sbnrnye....then bgn kul 7,kelam kabut sume .....ttbe dorng bgtau tak da klas smpai kul 11.....tidoq blek smpai kul 1o.45....

pastu klas smpai kul 1....ptg nye klas kul 3 kn...so,blek2 mkn trus tido smpi kul 2.30...then siap2 g klas...

klas abes kul 4.30..blek2 trus tido smpai kul 6..........


then mlmnye tidoq awal lagi....


bpe bnyk jam yg aq dh tido???

skang pn..msih mngantuk lg..........hermmmmm~~~~`