Tuesday, January 31, 2012

panas berganda

nak update tapi keadaan diri tak mengizinkan..so hot inside my body..sampai naik merah-merah....dah mandi so saya kena tidur..hope bangun nanti terus sihat.....amin...

tak serupa tapi sama

tak berapa lama dahulu..sewaktu aku sedang leka menonton video-video menarik di tiub awak(youtube),aku ada terklik pada satu video budak perempuan melayu ni....tajuk pa aku pun tak ingat dah..link apatah lagi....pemakaian dia simple sahaja..dan dapat aku agak usia dia adalah sekitar dengan aku juga.....belasan yang nak menghampiri puluhan juga....

gadis itu memakai cermin mata yang dimana suatu ketika dahulu dianggap sebagai tanda keintelektualan...namun apa yang direpekkan oleh gadis itu sangat amat tidka bernas dan tidak seharusnya keluar dari mulut seorang anak gadis

isu yang diutarakan ialah mengenai dara....dia meluahkan perasaan marahnya kepada seorang gadis lain yang tanpa segan silu memberitahu bahawa dia sudah tidak dara....dan gadis tersebut melihat  gadis yang bercermin matatadi sebagai kolot kerana masih dara...


well ya...if that girl ialah melayu dan islam adalah kurang wajar dia mencanangkan ketiadaan gadisnya kepada umum kerana kita sedia maklum bahawa ianya melanggar norma seorang gadis melayu yang sopan dan sebagai gadis islam..perbuatan zina itu adalah haram.......

mengapa mahu membangga diri??namun itu bukan pokok perbincangan kita pada hari ini..yang aku musykil ialah sikap kurang ajar gadis yang bercermin mata ini dimana dia mencarut dan berkata kesat terhadap gadis yang tiada dara itu....aku sebagai perempuan amat malu dengan sikap gadis yang bercermin mata itu...jika betul dia tidak suka pun dengan sikap kawannya yang bangga tiada dara itu....tegur secara elok ataupun selemah-lemah iman ialah membenci dalam hati.....

secara publicnya dia telah mengupload video yang menayangkan dirinya sendiri mencarut-carut perbuatan kawannya itu.....sekarang,kita sendiri nilai.....perangai mereka tak serupa tapi masih sama.....menjatuhkan maruah masing-masing....


apa tanggapan kita kepada gadis bercermin mata yang anti dengan gadis tiada dara namun dia sendiri bukanlah insan yang smepurna dan mencarut menggunakan kata kesat dagi melampiaskan amarahnya.....

pada sesiapa yang paham point yang aku cuba sampaikan ini..syabas.......anda bijak menilai.......

Monday, January 30, 2012

sedetik lebih part 2

poyo je nak ada part-part bagai.....hehehe...

pernah tak hanya dengan dengar suara seseorang tu...bibir kita automaticly tersenyum....rasa hati berbunga-bunga.....gembira yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata....

hanya 5 minit 52 saat yang bermakna itu...berbaloi penantian selama lebih 24 jam......

p/s:rasa bunga-bunga hanya sekejapan juga.....sangat sedetik lebih.....

lari berpagar

hari ini seperti hari isnin yang biasa...dua jam untuk olahraga...dan pada kali ini kami belajar tentang lari berpagar...

seumur hidup aku..tak pernah sekali pun aku cuba test lari berpagar ni..maksud aku cuba nak melangkah pagar tu....sebabnya aku rasa ianya susah dan aku tak mampu nak melompat melepasi pagar tu pun...

aku ni dah la pendek...berat lagi tu...tak tercapai akal aku yang aku suatu hari nanti akan mencuba untuk melakukan aktiviti lari berpagar ini...

tapi tadi nak atau tak nak..aku kene jugak belajar....sebagai seorang guru,kita kena ada banyak pengetahuan am dan juga khas...ilmu perlu cukup di dada....penuh di minda...dan sedia untuk dideliver kepada murid-murid..

dan oleh sebab tiada jaminan yang nanti apabila posting aku akan menjadi guru matematik sahaja...maka aku juga perlu ada ilmu tentang subjek pendidikan jasmani ini....

mau kena gelak dengan student kalau aku sendiri tak tahu macam mana cara yang betul untuk lari berpagar...

teori itu penting..penguasaannya akan membantu kita..at least kalau aku tak reti buat amali,aku ajar la teori bagi bebudak betul-betul paham...so,tak la rasa bersalah sangat if cikgu pung tak reti nak melepasi pagar tu....hehe

tadi pun walaupun aku berjaya lompat melepasi setiap pagar tanpa satu pun yang jatuh(riak sikit disitu...ttteeeetttttt...)tapi teknik yang aku gunakan tak betul..still aku lompat stail nak melompat men zero point....mengiring ke kanan...

kira nasib je la pun berjaya lompat tapi sampai ke sudah teknik tak jugak betul2...bukan tak nak buat stail yang depa ajar..tapi aku tak yakin....

gila nak tendang dulu dan lipat kaki belakang untuk melompat..sahih aku akan jatuh or tersangkut kat pagar tu..konfem..tak de semptnya aku nak lipat kaki belakang...

kesimpulannya...jangan cepat mengalah....percaya pada diri sendiri dan cabar diri kita untuk berani mencuba

p/s:tak cuba tak tahu..

Sunday, January 29, 2012

ingat mengingati

setiap ahad di ipg ksah..kami akan ada slot selama satu jam untuk program mentor menti ataupun juga dipanggil tutorial bersama dengan mentor kami iaitu puan norhana....

kali ini giliran faris bagi tazkirah....sebenarnya dari sem lepas rasanya kitaorang buat slot untuk bagi tazkirah dalam 15 minit camtu...siap dah dapat tajuk masing-masing....ada buku yang menjadi rujukan iaitu 20 sifat bodoh....banyak kebodohan yang kita lakukan tanpa kita sedari....

sedari zaman sekolah dahulu..aku bukanlah penggemar majlis ilmu ni...lagi-lagi yang berkisar pasal agama ni....entah la...my bad....mungkin bagi aku cukuplah dapat pelajaran agama masa kelas pendidikan islam....tak yah la terlalu beria-ria nak buat majlis-majlis bagai..zaman muda mudi kan...waktu zaman sekolah dulu...tiap jumaat kami akan menghadiri sesi taalim yang dijalankan pada ketika bebudak lelaki pergi solat jumaat..aku adalah sangat ama mals nak menjoinkan diri..time lower form..haruslah wajib kena pergi...bila dah naik upper form....haruslah mencari seribu satu helah nak escape....pernah saya dan cik intan jalan laju-laju balik ke asrama secara sembunyi-sembunyi tapi pantas dan makan lunch bersama dengan student non muslim..even makcik dewan makan muka pelik tapi kami cover line and makan tanpa rasa bersalah.....hahaha

dan lauk hari jumaat adalah sedap..sayur kubis masak lemak..ikan kembung goreng bersama udang masak cabai...sedap woohhhh..sebab tu selalunya if habis ja taalim cepat-cepat berlari ke dewan makan untuk mendapatkan makanan yang sedap itu....teruk tak aku???jangan jawab nanti aku sentap.....

dan tadi aku mulanya tak begitu nak dengar takirah yang disampaikan...typical me..tapi tazkirah tadi amat informative dan diperakui aku suka cara encik faris @ awe menyampaikan ilmu itu..sangat santai...tidak pressure.......ayat mudah...ada unsur lelucon.....

persoalan yang dia timbulkan ialah....setelah 22 tahun hidup di dunia ini,jika ditakdirkan Allah ambil nyawa kita malam nanti...adakah amalan yang kita ada sekarang cukup untuk melayakkan kita ke syurga???

aku terdiam sebabnya aku tak pernah pikir semua itu.....honestly,aku tau mati itu pasti tapi aku tidak terlalu memikirkannya....aku tak pernah pikir aku akan mati sehari dua ini....bukan sekarang lah senang cakap..bukan aku ni gerenti aku dapat hidup sampai ke tua tapi tak pernah terdetik dalam kepala otak aku ni aku akan mati dalam masa terdekat ini dan terpikir tentang amalan yang aku ada sebagai bekalan....

aku tahu kita kena selalu ingat pasal kematian..bersedia....mati tak tunggu kita..maksudnya,bukannya kalau bila malaikat maut tu nak tarik nyawa kita..kita boleh kata kat dia..

"sat na aku nak solat taubat dulu...nak topup amalan dulu,amalan aku tak cukup lagi ni...."

memang tak la kan....if memang dah tertulis masa sekian sekian nyawa kita akan ditarik,no matter what kita kena terima......siapa kita nak mempersoalkan semua itu...aku betul-betul terkesima...

encik faris bertanya soalan itu dan mintak jawab dalam hati ja....

jawapan aku........TIDAK.....

sebagai insan kamil....aku banyak buat salah..banyak buat dosa.....Ya Allah.tak terhitung rasanya......manusia kan...imannya selalu bertambah dan berkurang......amalan yang wajib pun kadang kala ada jugak lompang sana sini....ni kan pula amalan sunat.....serius cakap.....aku memang insan lemah...aku cuba improve from time to time..ada masa aku kuat...ada masa aku lemah.....

dan di sinilah ingat mengingati itu penting....dan kawan juga adalah penting.......kita dalah siapa kawan kita....aku bersyukur sebab ada kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan aku.....love all of u.....secara direct or indirectly......korang semua mempengaruhi hidup aku..keberadaan kamu semua dalam hidup aku membawa aku ke jalan yang lurus...seperti rambut yang menggunakan syamfu rejoice...guna jari pun boleh...:)

aku harap di masa akan datang aku akan lebih muhasabah diri dan kawan-kawan,ingatkanlah aku jika aku lupa...


sebagai muslim..ak bersyukur sebab menerima hidayah Allah yang amat mahal harganya ini.....bersyukur sangat sebab Allah campakkan hidayah dalam hati aku..even memang dilahirkan sebagai islam...tak bermaksud hidayah tu memang ada kan..if tak ada hidayah tu..mau dah convert ke apa kan....so,sangat sangat bersyukur sebab lahir sebagai islam dan meneruskan hidup sebagai seorang islam..moga-moga sampai ke akhir hayat...

dan harapnya aku akan menjalankan kehidupan sebagai muslim yang sejati.....amin~~~

p/s:bukan bernama hidayah tetapi mempunyai mak su yang bernama hidayah.....:)

Saturday, January 28, 2012

cikgu dan cikgu

semenjak berusia 22 tahun ini...diantara persoalan dewasayang kerapkali bermain di fikiran sendiri dan fikiran orang lain juga ialh mengenai jodoh...sementelahan pula aku bakal menamatkan zaman pelatih guru ni dalam 2 tahun lagi.....so,soal kahwin tu memang sangat hot topic...


kemusyilan yang melanda diri aku ialah rata-rata menyuruh supaya kami yang bakal bergelar cikgu-cikgu ni memilih pasangan dari golongan cikgu jugak....supaya senang dikemudian hari...

diantara alasan yang sering diberikan ialah:

1.cuti bersama....
jadi cikgu di malaysia ni kan banyak cuti..sama macam cuti sekolah..so,if dah dua-dua cikgu time cuti memang molek sangat lah nak bersama-sama dengan keluarga dan dapat pulang kampung bersama 


2. dapat posting bersama....
maksudnya,sama ada mengajar di sekolah yang sama ataupun berhampiran...kalau sama-sama beru nak posting,mungkin akan dapat tempat yang sama....potensi nak dapat bersama itu adalah tinggi..kalau pasangan kita dah memang bergelar cikgu,kita boleh mintak nak posting dekat dengan dia...so,tak yah la susah2 nak kena duduk jauh-jauh masa baru nak kahwin kan in case kahwin dengan orang yang bukan kerja cikgu ni...


3.memahami....
hanya cikgu juga akan memahami tekanan dan permasalahan yang ditanggung oleh cikgu..so,boleh share masalah sama-sama dan cari jalan penyelesaian bersama...even kalau kita pulang ke rumah dengan perasaan sebal,marah..pasangan kita akan paham dan cuba nak coolkan kita...


4.banyak masa bersama keluarga...
kan cikgu kerja sampai kul 1-2 camtu kan..so,waktu petang adalah free if tak erlibat dengan extra cocuriculum kat sekolah...so,ada banyak masa di rumah untuk bersama keluarga dan spend masa berkualiti bersama pasangan


banyak kan kelebihan yang ada jika kami si cikgu memilih cikgu sebagai pasangan...pada buah fikiran aku..semua di atas ni memang kelebihan kepada mereka yang memilih cikgu sebagai pasangan,masih ada juga kontranya...ini semua terpulang kepada pemikiran setiap individu...tapi majoriti masyarakat melihat seorang cikgu memang sesuailah kalau nak  memilih cikgu sebagai pasangannya..seperti pinang dibelah dua...

tapi persoalannya~~~


adakah jika kita seorang doktor maka pasangan kita adalah juga doktor atau nurse??


adakah jika kita seorang jurutera maka pasangan kita adalah juga jurutera?


adakah jika kita seorang polis maka pasangan kita adalah juga polis ataupun mereka yang juga kerja beruniform ini??


adakah jika kita penjual bunga maka pasangan kita adalah embekal bunga ataupun pesaing kedai bunga kita...oh ini tipu,,kita tak akan berbaik dengan pesaing..hehe


macam tu la..nak menggambarkan bahawa adakah pasangan yang sesuai dengan kita haruslah dari ruang lingkup yang sama dengan kita agar keserasian itu lebih dan kebahagian adalah pasti??...


memang ramai cikgu berkahwin dengan cikgu....mereka bahagia...tapi tak semestinya kalau tidak memilih cikgu,banyak kesulitan akan dihadapi....kesulitan itu memang akan ada..hatta kahwin dengan cikgu pun tapi kita kenalah give and take...


kita faham dia..dia faham kita.....berkahwin ni bukan just about ourself but us..kita kahwin dengan dia..so...terima la seadanya..if dia bukan cikgu..kerja dia totally berbeza dengan kita....sesuaikanlah diri....kan??

ini semua persoalan jodoh..rahsia jodoh...


p/s:bukan berkahwin dengan cikgu....

Friday, January 27, 2012

arundhati






bagi sesiapa yang kenal aku..tahulah kegilaan aku dengan cerita tamil ni..aku adalah seorang penggemar tamil...tak paham bahasa telugu??tak ada masalah subtitle kan ada...tak kenal artis tamil???google pun ada...tapi aku tidaklah begitu update dengan perkembangan terbaru movie-movie tamil...ye,aku ada pembekal cerita tamil..cik kala salamba durai..dia memang ada banyak stok cerita tamil....tapi kebanyakkannya tak ada subtitle..so,agak kurang memberangsangkan untuk ditonton sebab aku mals nak download subtitle..tak reti pun sebenarnya..hahaha..selama ini cik qibum yang rajin download subs ni...saya suka tengok sahaja dan sadly dia bukan penggemar cerita tamil kalau tak haruslah aku menggesa dia mendownloadkan subs banyak-banyak sebab banyak cerita yang kala nak bagi aku tak boleh nak tengok sebab tak ada subs...kecintaan pada cerita tamil ini hadir apabila stesen tv 2 selalo menayangkan ceirta tamil pada setiap hari ahad jam 12.30 tengah hari..dulu kan duduk perak,ahad adalah cuti dan hari menonton melodi dan juga cerita tamil...dah la cerita tamil yang ditayangkan best-best kot...storyline depa sedap..bukan sekadar percintaan antara dua darjat sahaja....

panjang lebar mukadimah....nak bagitau baru-baru ni aku dapat menonton satu cerita tamil yang awesome..menda aweosme ni kita kene share kan....tajuk cerita ni arundhati...release 2009 rasanya...lama dah kan..baru sekarang dapat tengok....huhu

cerita ini agak syirik sedikit...hahaha..sebab ada pasal sihir-sihir dan kuasa jahat..sebagai orang islam,jangan nak terpengaruh ka apa ye..just tengok untuk suka-suka sahaja

ini cerita perempuan yang berani....sangat ok..kalau aku kat tempat dia..mahu dah terkencing bila orang jahat tu dok usik-usik aku....takuittttttttttt.......dah la orang jahat tu ada power..dia angkat tangan ja terus cam parang libas kat badan orang.....dia tiup sikit ja..kain tutup kepala tercabut....seram..........

dah la orang yang jahat tu selalu cakap bommali..bommali..ingatkan apa la..kitaorang pun tak paham tapi assume dia gelarkan bommali tu perempuan...ke dalam bahasa telugu memang bommali tu perempuan..entah la...hehehe


seriously tengok cerita ni berdebar....dah la tengah best-best tengok..player yang aku guna tak boleh nak pasang second part....dah la memang tengah suspen gila....cik qibum memang berusaha nak bagi kami dapat gak tengok ending tapi gagal...dekat 1 jam cuba macam-macam la jugak....sangat frust masa tu.....nak-nak pulak beruk band masing-masing lemah sebab tak bagi makan...aduh...memang tak la nak dapat download....

sampai aku siap tanya kat kala lagi if dia dah tengok cerita tu..dan yes,dia tengok tapi dah lama and dia dah delete pun...siap soh kawan-kawan dia carikan lagi....depa pun dah delete..cam ni la kala...ada ceirta ebst tak nak share.....huhu....luckily beberapa hari kemudian cik badariah download part 2 yang tak boleh buka tu dari tube awak...walllah...kami dah tahu ending....memang la macam yang diexpect tapi cara dia bunuh tu yang nak tahu....so......pergi cari cerita ini dan lihat...

kredit to cik akma liyana .....kite amek cerita tu dari hardisk awak..tq awak sebab cerita tu daebak!!!!!

panas

semenjak berada di bumi kedah ini....aku sudah semakin terbiasa dengan cuaca yang panas....bukanlah nak kata perak tu tak panas....ada hari-hari tertentu yang agak panas tapi masih boleh tahan lagi

nak dikatakan panasnya kedah ni sampai nak pergi beli makanan kat kedai depan maktab pun kena guna payung...ni suma kerja cik yusra la..dia nimana tahan panas..nak pergi kedai depan pun nak guna payung...dan aku merupakan manusia yang berangapan payung hanya digunakan pada waktu hujan sahaja..aku ras pelik gila nak pakai payung pada waktu panas rembang....tapi sekarang aku dah tak peduli itu semua...haruslah nak bawak payung sebab sangat berbahang ok...rasa tersiat-siat je kulit ni dengan sinaran uv....


nak dijadikan cerita cuti hari tu aku duduk kat rumah cik mariam di perlis....as dari apa yang aku penah dengar,perlis dikatakan negeri terpanas di malaysia...kesahihannya....sama je macam kat kedah....panas....tak la macam melampau-lampau..ada time redup jugak...gilakah,kita bukan ada kat padang pasir.....

luckily jugak sometimes ada turun hujan kan...malaysia ni nasib baiklah panas dan lembap sepanjang tahun so ada hari panas ada hari yang sejuk sebab hujan.....bila berhari-hari panas..kita selalu doa cepatlah turun hujan....tapi bila dah berhari-hari hujan...air mula naik...kita nak cepat-cepat hujan behenti pulak...manusia ni memang tak pernah puas dan tahu bersyukur(akulah tu....)

adapun sebagai truly malaysian..haruslah jiwa kental tahan panas....nanti buat ngada-ngada tak tahan panas..mau orang kata bajet duduk oversea lama tak tahan panas bagai..ye la..tahu,paham..saya dah 22 tahun duduk malaysia..panas sikit ni haruslah tahan..tak kan nak doa malaysia turun salji pulak....matiklah pokok durian....tetiba~~~~

Sunday, January 22, 2012

sedetik

terima kasih cinta untuk sedetik yang bermakna itu....

bila dah berpandangan mata...rindu itu makin mencengkam di ulu hati....

Sunday, January 15, 2012

desperado



sewaktu berjalan pulang ke hostel selepas kelas miss teoh selama 2 jam yang mengantuk bagi aku la..kawan-kawan lain gigih dan pandai melawan kantuk mereka....sang kawan telah melampiaskan amarahnya kepada aku..bukan dengan niat mencari gaduh dengan aku tapi dia mahu meluahkan rasa hati dia....sang kawan adalah perempuan....masih bersendirian.......jadinya...adalah beberapa ekor kumbang cuba untuk memprovok sang kawan untuk segera mencari pasangan sementelah kami bakal menamatkan pelajaran dalam masa 2 tahun lagi.....

sudah menjadi trend bagi senior-senior di maktab,,,ada yang berkahwin sebelum posting lagi.....sebabnya hanya mereka yang tahu tapi berkemungkinan untuk tidak dihantar jauh sehingga ke pelosok pendalaman sabah dan sarawak....jka sudah berkahwin..kebarangkalian untuk dapat posting di tempat yang berdekatan dengan pasangan adalah tinggi.....dan lebih bonus jika pasangan juga seorang guru....

makanya..isu perkahwinan telah menjadi isu yang sensitif dan makin menjadi perbualan hangat sewaktu senggang...kahwin bukan benda yang senang....aku tak kata sal persiapan kahwin yang dari segi material..tapi dari segi rohaniah tu.....tanggung jawab tu yang berat untuk dipikul..sapa yang tak nak kahwin..if aku diberi pilihan dan peluang untuk kahwin sekarang..aku pun nak(gatalnya)....hahaha...

tapi bila memikirkan di usia 22 tahun ni..apa kemajuan pun aku tak capai lagi....aku munasabah balik diri....belajar pun tak habis lagi......hidup pun bergantung pada elaun dan mak bapak.....hal-hal rumah pun mak yang masih settle....nak bagi komitmen uruskan diri sendiri dan bilik yang sekangkang kera pun dah tak cukup masa rasanya ni kan pulak nak pikul tanggung jawab uruskan rumah tangga dan suami....banyak menda nak kena fikir..kalau nak fikir enjoy ja....kahwin bukan setakat kau dengan pasangan ja...dengan family dia pun kau kahwin sama....tak kan nak balik rumah mak mentua tapi masak pun terkial-kial lagik..mau malu kat family mentua dan mak kita pulak dicop tak reti ajar anak...no no no.....

panjang lebar pulak aku membebel..main point yang aku nak utarakan di sini..if diikutka keperluan dan kepentingan diri..memang ramai sang kawan-kawan yang mahu berjahwin sebab tak sanggup nak kena hantar jauh-jauh tapi  perasaanya macam keluar mulut harimau masuk mulut naga....bagi sang kawan aku tu pulak..apa yang dia bengangkan sangat..sang kumbang-kumbang telah mengecop dirinya sebagai andartu dan dia perlu cepat-cepat mencari pasangan jika tak mahu ketinggalan berbanding kawan-kawan yang lain...

pilihan yang harus sang kawan buat ialah mencari junior ataupun sang kumbang dari kpli....adusss,aku rasa sang kumbang yang tak matang pemikirannya dan tak harus fikir pun lagi pasal kahwin....difikirkan secara logik..sang kumbang pun sebaya dengan kami....masih bergelar pelajar.....hidup bergantung dengan elaun..pandai-pandai ja nak mengatur hidup orang lain...bagi nasihat ntah papa..sedangkan mereka pun masih tak layak nak erkahwin sebab masih tak mampu nak menanggng anak dara orang....

kahwin bukan sekadar i love you...you love me..we are happy..tak ye.....kalau tak da duet...cinta pun akan hilang rasanya....cinta tak kan bagi kita makan..duit boleh...jadi..sebelum nak melangkah ke tahap yang lebih tinggi..penuhkan ilmu di dada.....cukup bekalan untuk selepas berkahwin....supaya cinta yang ada sentiasa mekar tanpa apa-apa masalah kelak....

rasanya tak salah kita nak betul-betul stabil dahulu sebelum melangkah ke alam berumah tangga ni..aku bukan kata dah ada rumah sebuah..kereta sebijik....duit simpanan berjuta-juta baru boleh kahwin...tapi sekurang-kurangnya cukuplah bila dah rasa boleh nak bagi makan anak orang..sediakn tempat tinggal..sediakan makan pakai dia...enuff,,,,boleh kahwin dengan gembira....

pada sang kawan..kamu belum jadi andartu lagi la..gila apa baru 22 dah nak cop andartu.....sedih plak aku rasa..jodoh kamu ada...kamu perlu cari tapi bukan terdesak nak cari dan tangkap muat sebab tak nak posting jauh dari family....take your time and enjoy dulu single life ni....dan sudah ada pasangan atau pakwe makwe bukanlah jaminan mereka tu betul-betul jodoh kita....

 
if cowok ganteng macam ni yang nak masuk meminang sekarang...laju-laju anggguk kepala kata mau.....hehe

si tudung merah

Saturday, January 14, 2012

pencekik darah


Mula-mula masa nak keluar ke town(eceh..town la sangat..sebenarnya central square je pun)kami iaitu yang terdiri daripada aku,yam,yus dan juga bad bercadang nak naik bas sahaja….reasonnya adalah sebab nak berjimat…if naik bas,baru rm1.30 jek srang Cuma die tak la berenti depan c.s…kene la menapak sikit….so..dalam kul 2 lebih tu kami pun bergerak la tunggu kat bus stop depan maktab…agak lama turun sampai last-last ktorang decide if ada teksi lalu ktorang nak tahan and naik je sebab tak la mahal sangat pun actually….selalunya kalau naik berempat dalam rm8 – rm10 je pun…so,baru dalam rm2-rm2.50 je kan…

Tetiba nak mendapat teksi pun punyalah hazabnya…..tungu punya tunggu ada satu teksi ni….bernombor plat PES ****…pemandunya sangat la tak peramah tapi naik sahaja la kan..motif nak peramah-peramah dengan pemandu teksi???so ktroang pun bagitau destinasi iaitu c.s dan bersembang sesama sendiri kan….bila nak sampai je…cik badariah yang duduk disebelah pemandu pun tanyalah…berapa pakcik….

Cuba korang teka berapa dia charge kami……sangat amat tak berpatutan….rn5 satu kepala…bermaksud kitaorang bayar rm20 semata-mata nak ke c.s…masa tu semua macam tergamam dan terus bukak purse dan bayar…terus kami turun teksi tanpa cakap sepatah pun…bila teksi tu dah gerak baru kitaorang pandang satu sama lain dan bercakap..apsal mahal sangat…apsal kita bayar tanpa argue….sumpah cam kena pukau pun ada..semua senyap je masa dalam teksi tak argue..even cik yusra..sebab selalunya die ni berani je nak argue2 ni…

Pas masuk c.s je….terus duduk kat kfc dulu and tarik nafas panjang…berasa amat down sebab kene tipu bodoh-bodoh je dengan pak cik tu….rm20 kot…..gila kah ape..sangat menyesal jugak dan sepanjang kat c.s tu ada jugak berkeluh kesah…dah la elaun pun tak da…..duet ada ciput ja..lagi nak kene pau dengan pakcik teksi….pengajarannya,tak boleh terus naik,kene negotiate harga dulu dan argue kalau kena tipu cam kami….

Untuk treat diri sendiri…aku dan cik yus pun mengurus diri di rest and go..kerusi urut ogawa…sangat sakit pinggang sebenarnya..tu yang nak berurut….


 
Suka gila tudung merah ni

Friday, January 13, 2012

skype

tadi bersembang-sembang sebentar bersama cik pinqib....mengimbau kenangan silam,,,,hahaha..actually kisah 2 thn lepas....

dulu dekat maktab ni....ktorang gila menggunakan skype....hari2 mesti nak on skype dan chat bersama ahli kelas sendiri..amatlah psikonye.....dan skype juga adalah medium untuk trasnfer folder atau slide atau ape2 yang diperlukan dengan cara mudah dan boleh tahan cepat la jugak kan....

masa tu sangatlah menggila skype dan yang amat bestnye ialah dengan gunakan wireless maktab pun boleh jek skype....takjub la kan....kalo tak time tu sume la nak kene blocknye kan....

so..kite pun mencarilah contact seantero dunia...mula2 mestilah contact list dipenuhi dengan classmate...supaya kite semua selalu update dengan perkembangan class....pastu mula lanak menjejak kasih kawan-kawan lama....

part ni pun best jugak......yang lagi syiok adalah mencari kenalan-kenalan baru di seluruh dunia....dengan hanya dihujung jari....mudah pulak tu.....just tengok sapa yang online dan mula mencari menggunakan pelbagai preferences such as country ke....jantina ke.....email....easy kan....

time ni aku adalah menggila mencari kawan orang putih ataupun mat saleh...reasonnya sebab nak chatting in english....sangat very the koya kan tapi time ni memang sangat senang nak dapat kawan omputih....

caranya......dengan menggunakan profile picture yang cun....guna je gambar-gambar artis korea....kan depa cumel-cumel...bila guna gambaq depa...konfem berderet omputih nak chatting dengan kita...

depa ni kan memang jenis suka muka asian ni kan....sangat la gatal jugak....baik laki atau pompuan...yang laki tak sudah2 nak ajak webcam kan..nasib baik la laptop aku jenis lama...x ada webcam...idok la aku nak webcam dengan deme sume tu....yang gegirl pun even tak la mnggatal macam boboy tapi depa ni tak sudah la nak tanya pasal aku ada boyfriend ka...slalo buat apa dengan boyfriend....gelis plak ble ingat balik....haha


aku penah jugak letak picture sendiri....bertudung kan..end up banyak pak-pak arab yang nak chatting....seronok tapi mostly dorang nak chat guna bahasa arab...aku mana la nak reti speaking arab ni......setakat jawab salam die pastu aku pun senyap je la...haha...


tapi ada sorang abang arab ni sangat la hensem dan baik..pandai english...lawyer tak silap aku....sangat la sweet....tapi idok la aku chat lebih-lebih dengan dia..memang niat nak improve english je kan...tak la nak berlebih-lebihan..cinta antara benua ni payah kan,....agak yang tak berapa nak jauh ni pun dah menyeksakan....hurm...


ada jugak sekali tu..kawan aku..si pinqib tu berkawan dengan sorang mamat cina ni...dia letak pic edison chen....well,aku kan peminat edison..so kenal la kan..dia ni boleh plak bangga diri bila ktorang kata hensem kan....hahahaha..so funny,bila tanya betul ka pic real u....die kata of kos....tipu tak boleh blah la....


banyak lagi kisah lawak dan suka duka berskype ni....sungguh manis untuk dikenangkan...tapi skype skarang tak se-fun dahulu....sob sob sob sob...


maksud aku,aku yang tak boleh nak mengefunkan seperti dahulu....tihihihihih
        

Monday, January 9, 2012

tubuh badan

tubuh badan manusia ni terdiri 2/3 air..itu pun if tak salah la kan..dah lama tak belajar sains dan biologi...so,melalui proses berpeluh dan membuang air kecil kita akan kehilangan air dalam badan di mana menyebabkan suhu badan kita meningkat....


meminum air sebanyak 2 liter sehari bersamaan dengan 8 gelas air adalah baik bagi menggantikan kuantiti air yang hilang dari tubuh badan kita tanpa kita sedari...


kisahnya..aku di masa dahulu boleh dikatakan sepanjang masa bibir kering dan merekah.....mulut pula setiap bulan wajiblah dapat ulser ataupun orang panggil mata ikan...tapi aku selalunye panggil mulut pecah je...ganas x??haha


seriusly,memang sepanjang masa bibir aku merekah dan aku suka pulak nak tarik2 kepingan bibir kering tu..end up bibir aku akan berdarah2 la kan..sakit tapi sedap....


kadang-kadang pulak,if ramai sangat dok tergur pasal bibir aku..aku akan lick bibir aku nak bagi basah supaya kepingan bibir yang kering dan merekah itu akan baah dan tertanggal sendiri....so naive gila..zaman tu mana reti nak pakai lip balm ape sume...budak skola la ktekan


selalunya nasihat-nasihat yang aku bagi kat aku ialah banyak minum air masak sebab badan aku panas dalam.....masa tu aku termenung panjang...macam mana aku nak minum banyak air masak???


nak tahu kenapa??sebab dalam fikiran aku air hanya boleh diminum selepas makan sahaja...oleh yang demikian,aku hanya akan minum dengan banyaknya selepas makan di mana takat mana sangat la kan...perut dah kenyang,nak minum air banyak2...gilakah??

boleh dikatakan jika pada hari itu aku tidak melakukan aktiviti lari2 yang memerlukan aku minum banyak air..aku hanyalah minum selepas makan nasi dan bila rasa dahaga itupun paling banyak aku minum 3 gelas je sehari...mungkin sebab itu badan aku selalu panas dalam dan bibir sentiasa kering......

malu kot dulu bila orang dok tegur2 sal bibir aku selalu kering....bila aku dah paham yang kita perlu minum 8 gelas sehari tak kira la kita dahaga atau tidak....barulah masalah bibir kering aku tu dapat diatasi...tapi mulut pecah tu masih wajib setiap bulan....sebab tergigit ataupun tergosok gigi dengan kuatnya....hahaha


so,dinasihatkan minumlah air dengan banyaknya lebih2 lagi cuaca amat panas sekarang ini....jagalah tubuh badan anda...kerana dirimu begitu berharga~~~



Sunday, January 8, 2012

paksa

tadi ialah kali pertama kami pelajar semester 5 berkumpul untuk menjalani gerko pada semester ini iaitu olahraga....rupanya ianya dijalankan bersama dimana 3 kumpulan digabungkan sekali.....kelas aku...5D telah bergabung dengan kelas 5E iaitu pendidikan jasmani dan 5F iaitu pendidikan khas....

ceritanya bukanlah kami terpaksa apa...cuma semasa berkumpul mengikut kumpulan yang telah digabung....biasalah gurl kan..mesti nak teratur..berkumpul still dalam line dan juga dalam kumpulan sendiri...tapi tak bermaksud kami tak bercampur dengan orang lain...

tetiba ada seorang manusia ni..berjalan berhampiran dengan aku dan berkata.....

'pergi la campur dengan kelas lain.....'

dia tengok kami ni macam lah kami ni kera sumbang sangat..die kene sedar la..kelas 5F tu cume ada sikit je lelaki so memang la boleh nak trus menjoin.....yang gurl adalah ramai dan ada puak-puak sendiri..tak kan tetiba nak main redah je...kita kene lah berhemah kan...aku lebih suka nak create conversation secara semula jadi...later when the time come,,,,kitaorang akan bergaul jugak...why need so rush??

xpaham betul napa dia nak jugde yang kitaorang ni tak pandai bergaul sebabnya ada geng sendiri....lain caranya lelaki dan perempuan ni bergaul..if sorang-sorang memang senang nak menjoinkan diri dengan sesiapa tapi masing-masing ada geng....kene pandai cari masa yang sesuai nak mencelah diri ke dalam perbualan orang....kalau tak nanti mau dipandang semacam ja...seriusly...itu apa yang aku pikir la...mungki pada sesetengah orang senang ja die nak masuk and tegur sesiapa dan menjoinkan diri dengan geng mana-mana....

tapi aku bukan macam tu.....im sorry

cool

dahulu kala aku adalah seorang yang tak berapa cool....ini bermaksud,aku tak secool orang lain..aku tak rasa pun kepentingan cool itu...kalau diberikan standard cool mengikut high school di amarika(sebab pa aku pilih amarika,bukan aku kipas susah mati amarika tapi budaya cool mereka kelohatan begitu cool pada kaca mata aku sewaktu kanak-kanak dan remaja)......mereka-mereka yang cool adalah yang menjadi perhatian orang-orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa...mereka ini biasanya agak extraordinary dan outstanding in crowd....sentiasa menarik perhatian..akan mempunyai ramai pengikut...dan biasanya akan dipilih menjadi ketua...biasanya jugak bukanlah bijak pandai..melainkan sweet talk belaka.....ni semua in amarika la...

tapi sebenarnya ianya bukanlah jauh berbeza dengan high school di mesia...mungkin yang bezanya kita di sini memakai uniform jadi persaingan untuk kelihatan lebih menonjol dan up to date dengan fesyen semasa tidak begitu ketara melainkan mungkin lebih kepada aksesori....in my boarding school..golongan-golongan cool ini kebiasaanya terbahagi kepada dua ya..cool yang baik dan cool yang naughty.....

cool yang baik ialah mereka-mereka yang memegang jawatan-jawatan penting di sekolah...agak nerd sebabnya geng-geng yang pegang jawatan ini biasanya lebih cerdik dan pandai kan dari mereka yang regular macam aku...hehe....mematuhi peraturan sekolah.....boleh memimpin dengan baik dan mempunyai pengikut jugak...penyokong....

cool yang naughty ialah mereka yang gemar melanggar peraturan sekolah......berlagak otai....mempunyai pengikut jugak.....selalu outstanding dari kebiasaannya.....tidak begitu menyerlah dalam pelajaran namun ada juga segelintiran yang genius dan bijak.....menjadi perhatian jika pergi ke mana-mana kerana membawa geng atau anak buah....

dan aku..tidak tergolong dalam mana-mana kategori..aku hanyalah pelajar biasa di sekolah dahulu...mempunyai geng tersendiri....tidak begitu naughty di mana sekali sekala berasa sangat cool bila melanggar peraturan sekolah namun menjadi agak baik bila dikecam atau diberi peringatan oleh guru disiplin..aku lebih kepada manusia yang dalam berani ada takutnya,dalam takut ada beraninya.....

cuma yang boleh aku katakan..aku seorang yang agak kuang ajar dulu..dimana aku agak tidak menyekat percakapan aku...honestly,aku agak kuat mencarut dahulu......sangat teruk la jugak.....ish2..kanak-kanak baru nak up la katakan..seiring dengan usia aku semakin matang dan kurang mencarut dan sekarang perkataan yang kasar dari mulut aku hanyalah bodoh.....

see,aku memang tak cool....bila dah besar2 ni...di sini..budaya cool itu masih ada namun ianya juga matang siring dengan usia...cool di sini ialah siapa yang paling berketrampilan seperti seorang guru...berperwatakan seperti guru.....that is cool man......

rumate

officially..buat kali ketiganya aku mendapat rumate baru....namanya nadia...seorang akak..dan baru sahaja pulang dari new zealand..masih malu-malu kucing( i mean aku lah)...naturally aku tak begitu cepat mesra tapi in this situation aku professional..akan mesra nanti...sebab we all akan tidur bersama right???haha...cam haram...tidur sebilik la untuk tahun 2012 ni....jadinya,kemesraan akan dipupuk supaya tiada pihak yang akan rasa menyampah diantara satu sama lain dan akan lebih kerap menumpang di bilik kawan dari duduk di bilik sendiri....

ini pengalaman pertama aku mendapat rumate seorang akak dan even though die hanyalah tua setahun dari aku dan ramai mengaatakan tak yah lah panggil kakak...tua setahun je kot..dah la aku lahir awal kan..so,memang tempoh masa kami berada dalam perut mak masing-masing adalah sama dan sepatutnya kami adalah sebaya...tapi apa yang aku dapat di boarding school dahulu,panggilan kakak adalah to show sign of respect dari junior kepada senior...dan meskipun di IPSAH ni..seniority and juniority adalah bullshit dan tidak relevan di jalankan..aku masih berpegang kepada prinsip itu..yang tua adalah kakak dan wajar dipanggil kakak...cuma tang abang2,aku agak bias....tak semua layak dipanggil abang walaupun taktik memanggil abang amat berkesan kalau di kedai makan atau mana..kita akan dapat service yang bagus...try it...

kenapa aku panggilan kakak tu penting??sebab bila aku juz panggil die dengan nama sahaja..memang kami makin menjadi lebih rapat dan boleh menggunakan kata ganti diri aku dan kau tapi ini hanya akan menimbulkan kesusahan kelak kerana deep down she is still a sister that i have to respect..tak boleh nak melaak macam melawak dengan kawan....dan adat dan tata susila itu harus dijaga....agak susah tapi worth it...

aku dah memanggil die kakak dan guna ganti nama diri saya...sungguh formal kan..bukan nak tetapkan jurang tapi harus aa barrier..die bukanlah kawan aku tapi seorang kakak yang menjadi rumate bagi tahun 2012 yang harus dilayan seperti kakak

Saturday, January 7, 2012

ngada-ngada

i dont know if this is counting as mengada-ngada....maybe lebih kepada perasaan kecewa if something yang kita rancang tak menjadi...bila menulis mengenai craving tadi..suddenly one moment of craving popped up in my mind..it happenned long time ago maybe when im in form 4 or five....dulu kan aku boarding school(wow..so omputih bila tulis boarding school and sound kinda of cool)so..wajiblah kan preparation class evening and nite....seperti biasa after prep class pada jam 10.30....mestilah ada disediakan supper kan dekat dining hall dan juga kantin skola still menjual makanan pada ketika itu...

before that let me tell u guys....kantin sekolah saya menjual nasi lemak tersedap sekali dengan sambal ikan bilis yang amat pedas dan tidak begitu hancur cabainya...kalau nak diikutkan ianya memang tak sesedap mana actually tapi adat kanak-kanak kebulur di asrama...nasi lemak dengan sambal yang cabainya tak begitu masak dan ikan bilis yang tidak digoreng dahulu itu amat heaven...

nak dijadikan crita that week,memang aku dan juga dormmate yang lain which are kimah,dyod dan juga macha(ttbe tringat...if kimah in the story,konfem cte zaman form 4...hehe)akan beli nasi lemak yang sedap itu..oleh kerana kekerapan membeli dan juga terpsiko dengan kami...adik2 form 3 pada masa itu yang juga adik dorm aku iaiatu naimah dan juga hani..nak menjoin kamu kenduri nasi lemak

kami pun orait je la kan..sebabnye best jugak makan ramai2 ni disamping dapat mengeratkan tali silaturrahim..wow,betapa coolnye kami ini...hehe...selalunya if kami nak mkn nasi lemak sama ada siap awal dan membeli dengan lajunya ataupun tempah saje dulu dan amek kemudian...sebabnya persaingan amat sengit ya kawan-kawan...dan warga sekoalh aku tidak membeli sebungkus nasi lemak untuk seorang..tipu semua itu ya...

adik2 dorm ni pun janji lah nak beli nasi lemak kan so aku pun tak la rushing nak pergi prep malam....bergembira dan excited nak tunggu prep malam habis..tiap masa dok tengok jam....dengar ja bunyi loceng,aku cepat2 marathon blek ke bilik dan menunggu adik2 dorm...

bila dorang melangkah ja masuk..tengok2 tangan dorang kosong..what??orang tak sempat beli nasi lemak....ohhhh..luluhnya hati aku masa tu sebab time aku kuaq dari kelas tadi..kantin masih lengang dan tak da pun orang beratur nak beli nasi lemak..kalau la depa habaq awai2 tak dapat beli..memang aku dah p lari laju2 beli nasik lemak...oleh sebab sedih sangat sebab aku dah dok bayang nasi lemak kat tekak aku ni..aku berlari naik ke dorm kawan aku di tingkat atas dan menangis teresak-esak...


dah la masa aku nanges tu...semua orang tengah buat halaqah kat tengah dorm untuk baca surah al-mulk..dan aku duduk menagngis kat tepi katil .....huahuahuahua..sangat syahdu....aku memang nak nasi lemak so badly that time....sobsobsob..then pas abes baca ja...adik2 dorm aku mai pujuk aku bersama nasi lemak sebungkus..dari mana depa dapat..aku pun tak tahu.......

persoalannya,adakah aku terima nasi lemak itu atau tidak??guess2~~~~

craving

craving means mengidam in malay....hehe..tq cikgu for the translation...currently craving chicken soup from makcik tangan berbulu in front of maktab and nicely slurping in it(tak tahu betul ke tak english aku ni...huhu)...sebagai seorang anak gadis yang belum berkahwin aku sudah mempunyai tabiat untuk craving for certain type of foods once a month...dont be panick guys..a women doesnt need to be pregnant to be ngada-ngada nak makan certain food......lucky us!!!

that is so different feeling when we eat something that we wanted so much....usually untuk aku,aku tak da la nak makan yang pelik-pelik tapi selalunya lah akan sukar didapati untuk beberapa hari dan bila craving tu dah hilang..barulah mendapat mendalah yang nak makan tu...contohnya cam hari mengidam nak makan nasi lemak ayam berempah kat kedai ahsan sani ...bila p kuaq makan..haruslah kedai tu tutup dan terpaksa makan je la benda-benda lain....hhuhu

pelik tapi benar..kadang-kadang tengah tidur pun boleh termimpi-mimpi dan terjaga dari mimpi dan sangat berkeinginan untuk mendapatkannya...bila kita dah apat dan makan.....nikmatnya......sungguh tak terkata.....mungkin susah nak paham kalau tak mengalaminya....tapi seriusly,boleh nanges weh kalau tak dapat apa yang kita craving tu....so,guys..dont mess with us when we are in craving mode....haha