Sunday, January 15, 2012

desperado



sewaktu berjalan pulang ke hostel selepas kelas miss teoh selama 2 jam yang mengantuk bagi aku la..kawan-kawan lain gigih dan pandai melawan kantuk mereka....sang kawan telah melampiaskan amarahnya kepada aku..bukan dengan niat mencari gaduh dengan aku tapi dia mahu meluahkan rasa hati dia....sang kawan adalah perempuan....masih bersendirian.......jadinya...adalah beberapa ekor kumbang cuba untuk memprovok sang kawan untuk segera mencari pasangan sementelah kami bakal menamatkan pelajaran dalam masa 2 tahun lagi.....

sudah menjadi trend bagi senior-senior di maktab,,,ada yang berkahwin sebelum posting lagi.....sebabnya hanya mereka yang tahu tapi berkemungkinan untuk tidak dihantar jauh sehingga ke pelosok pendalaman sabah dan sarawak....jka sudah berkahwin..kebarangkalian untuk dapat posting di tempat yang berdekatan dengan pasangan adalah tinggi.....dan lebih bonus jika pasangan juga seorang guru....

makanya..isu perkahwinan telah menjadi isu yang sensitif dan makin menjadi perbualan hangat sewaktu senggang...kahwin bukan benda yang senang....aku tak kata sal persiapan kahwin yang dari segi material..tapi dari segi rohaniah tu.....tanggung jawab tu yang berat untuk dipikul..sapa yang tak nak kahwin..if aku diberi pilihan dan peluang untuk kahwin sekarang..aku pun nak(gatalnya)....hahaha...

tapi bila memikirkan di usia 22 tahun ni..apa kemajuan pun aku tak capai lagi....aku munasabah balik diri....belajar pun tak habis lagi......hidup pun bergantung pada elaun dan mak bapak.....hal-hal rumah pun mak yang masih settle....nak bagi komitmen uruskan diri sendiri dan bilik yang sekangkang kera pun dah tak cukup masa rasanya ni kan pulak nak pikul tanggung jawab uruskan rumah tangga dan suami....banyak menda nak kena fikir..kalau nak fikir enjoy ja....kahwin bukan setakat kau dengan pasangan ja...dengan family dia pun kau kahwin sama....tak kan nak balik rumah mak mentua tapi masak pun terkial-kial lagik..mau malu kat family mentua dan mak kita pulak dicop tak reti ajar anak...no no no.....

panjang lebar pulak aku membebel..main point yang aku nak utarakan di sini..if diikutka keperluan dan kepentingan diri..memang ramai sang kawan-kawan yang mahu berjahwin sebab tak sanggup nak kena hantar jauh-jauh tapi  perasaanya macam keluar mulut harimau masuk mulut naga....bagi sang kawan aku tu pulak..apa yang dia bengangkan sangat..sang kumbang-kumbang telah mengecop dirinya sebagai andartu dan dia perlu cepat-cepat mencari pasangan jika tak mahu ketinggalan berbanding kawan-kawan yang lain...

pilihan yang harus sang kawan buat ialah mencari junior ataupun sang kumbang dari kpli....adusss,aku rasa sang kumbang yang tak matang pemikirannya dan tak harus fikir pun lagi pasal kahwin....difikirkan secara logik..sang kumbang pun sebaya dengan kami....masih bergelar pelajar.....hidup bergantung dengan elaun..pandai-pandai ja nak mengatur hidup orang lain...bagi nasihat ntah papa..sedangkan mereka pun masih tak layak nak erkahwin sebab masih tak mampu nak menanggng anak dara orang....

kahwin bukan sekadar i love you...you love me..we are happy..tak ye.....kalau tak da duet...cinta pun akan hilang rasanya....cinta tak kan bagi kita makan..duit boleh...jadi..sebelum nak melangkah ke tahap yang lebih tinggi..penuhkan ilmu di dada.....cukup bekalan untuk selepas berkahwin....supaya cinta yang ada sentiasa mekar tanpa apa-apa masalah kelak....

rasanya tak salah kita nak betul-betul stabil dahulu sebelum melangkah ke alam berumah tangga ni..aku bukan kata dah ada rumah sebuah..kereta sebijik....duit simpanan berjuta-juta baru boleh kahwin...tapi sekurang-kurangnya cukuplah bila dah rasa boleh nak bagi makan anak orang..sediakn tempat tinggal..sediakan makan pakai dia...enuff,,,,boleh kahwin dengan gembira....

pada sang kawan..kamu belum jadi andartu lagi la..gila apa baru 22 dah nak cop andartu.....sedih plak aku rasa..jodoh kamu ada...kamu perlu cari tapi bukan terdesak nak cari dan tangkap muat sebab tak nak posting jauh dari family....take your time and enjoy dulu single life ni....dan sudah ada pasangan atau pakwe makwe bukanlah jaminan mereka tu betul-betul jodoh kita....

 
if cowok ganteng macam ni yang nak masuk meminang sekarang...laju-laju anggguk kepala kata mau.....hehe

3 comments:

pearl apple said...

hahahah~~tau x pa..stress jgk..aku br setat nak enjoy single life nih..well~~mls dah aku nak pk pasal kawen..cuma aku menyampah sebab beliau sgt busy body pasal aku kan..ceit...

kukuchimachikumi said...

tu semua provokasi je...ntah2 beliau nak kat ang...x ke haru biru.....:) ske la turrrrrrr

Qib said...

hehehe.. serius... =)
entry ni sangat mendalam dan memanggggg menepati citarasa aku yang dahagakan entry yang puitis dan gramatis